Salam Maal Hijrah diucapkan buat semua muslimin & muslimat... Semoga tahun baru hijrah kali ini akan memberi sinar bahagia & seribu rahmat buat kita semua... aminnn....
Jom layan menu sempoi ni.. Sebenarnya dah lama mencari2 telur itik segar. Minggu lepas hari Sabtu 27hb November kami sekeluarga pulang ke kampong ku di Pahang (sempadan Johor). Kebetulan suami habis kerja shift malamnya pada pagi Sabtu.. jadi kami bertolak ke kampong hari Sabtu lepas siap bersarapan. Jarang sangat kami pulang ke kampong sebelah siang sebabnya kebiasaan suami akan habis kerja hari terakhir samada pukul 4 petang hari Jumaat ataupun pada 12 tengah malam hari Jumaat.. tapi hari yg aku sebutkan tadi suami kena masuk kerja macam biasa shift malam mula pukul 8 malam hingga 8 pagi Sabtu.. Jadi hari Sabtu tu.. dapatlah kami balik ke kampong waktu siang. Oleh kerana kami bertolak siang.. maka.. dapatlah singgah & cuci2 mata di salah satu gerai yang ada di tepi jalan kg di Negeri Sembilan yang banyak menjual hasil2 kampong seperti telur itik segar, madu, daging salai, pisang, jagung & bermacam2 lagi... Oleh kerana dah lama mencari telur itik segar aku suruh suamiku beli 10 biji untuk dibuat gulai bila dah sampai ke kampong ku nanti. Selain tu.. abang beli juga 2 ikat petai & sebotol cencalok. Masa singgah gerai tu.. aku tak dapat turun dari kereta sebab Alin sedang tidor diriba.. jadi hanya abang je yg turun untuk membeli...
Ok jom tengok resepi... ini resepi gulai lemak cili api yang paling senang sekali sebab tak perlu kupas bawang2 bagai.. tak kisah nak gunakan bahan asas apa sekali pun.. samada telur, ayam, daging ataupun ikan... tapi tetap marbeles & menjadi kegemaran kami sekeluarga (kecuali Haziq & Alin yg belum pandai mkn pedas.. hehe).
Bahan2
1 biji kelapa parut yg agak besar ~ ambil santan secukupnya
1 gengam cili padi (anggaran setengah cawan / lebih ~ ikut pedas ye.. kami suka pedas!)
2 inci kunyit hidup (kalau kurang kuning tambahkan kunyit serbuk)
2 batang serai ~ dititik
10 biji telur itik (boleh kurangkan ikut byk mana nak msk)
15 biji belimbing buluh ~ dibelah 2 (jika tiada belimbing buluh.. sila tambahkan asam gelugur)
garam & perasa secukupnya
Cara2 Memasak
1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat. Boleh tambah sikit garam kasar semasa menumbuk untuk mempercepatkan & memudahkan proses melumat cili.
2. Tapiskan santan dalam periuk. Masukkan bahan2 tumbuk, serai & sedikit garam (harus diingat masa menumbuk tadi sudah dicampur garam kasar). Didihkan di api sederhana hingga mendidih sambil senantiasa dikacau supaya santan tidak membuak & berbintil. Perlahankan api. Pecahkan sebiji telur ke dalam satu bekas kecil & tuangkan ke dalam periuk perlahan2. Ulangi proses yg sama sehingga telur habis. Tujuan pecahkan telur dlm bekas yang lain terlebih dahulu ialah supaya jika ada telur yg busuk dapat dielakkan dari terus masuk dalam periuk gulai.
3. Biarkan telur membeku dengan api yg perlahan. Kalau nak kacau.. kacaulah perlahan2 supaya telur tidak hancur. Bila telur dah beku.. bolehlah masukkan belimbing buluh. Tambahkan bahan perasa & garam secukup rasa sebelum ditutupkan api. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
7 comments:
salam madiha,
selamat menyambut awal muharam ya..
lauk ni memanglah sedap..kita sekali makan 2 biji telur tu..hehe..madiha kita dah cuba homemade jeruk yg kat fotopages madiha tu..sedaplah..thanks ya..kita tak pernah buat jeruk sekali buat menjadi..memang rasa macam selalu beli tu!!..nanti bila2 kita nak letakkan entry ya..
Salam Maal Hijrah, Madiha... teringin no rasanya nak mencuba masakan di atas tu... ermmmm... takut sy sorang yg mknnnya nanti.. hehe
salam madiha,
my hubby loves telur itik. tapi tekak ni, susah betul nak terima. padahal kalau telur masin, punya la i suka. next weekend nak try la masak telur itik mcm ni. kat my area, telur itik cuma ada jual kat pasar tani je. kalau telur masin, memang banyak :)
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH....
SEDAPNYA GULAI TELOR ITIK TU...ADA TINGGAL UTK KAK LIN TAK??
gerenti sedap ni.... kt pasar pg tmn dato' harun sebelah masjid besar tu ade org jual telur itik ni kak... lenkali takyah tunggu balik kampung baru beli telur itik tau... heheheee
wah sedapnya kak..kat sini tak de la jual telor itik....emmm..tapi memang saya suka masak lemak ni...:)
mmm...sedapnya,kalau org pandai masak ni ada je idea nk masak apa...salam maal hijrah kak
Post a Comment