Thursday, April 22, 2010

Rojak Buah


Inilah dia rojak buah yang aku buat aritu gara2 nak menghabiskan sebiji lagi mangga muda yang abang ku beli. Kebetulan buah2 lain seperti nenas & timun memang dah ada.. cuma beli sengkuang je sebiji. Sebelum ambil dinner malam tu.. aku balun rojak buah ni dulu ala2 appetizer ler kunun... wahh.. ruangan untuk nasi malam tu dah dipenuhi oleh rojak.. kekekeke...

Jom tengok resepi...

Buah-buahan yang digunakan
Nenas
Sengkuang
Mangga Muda
Timun
(boleh guna buah kesukaan anda.. spt belimbing besi, epal hijau dan apa saja yang anda sukai)

Bahan2 Kuah Rojak

10 ~ 15 biji cili padi - mesin halus (guna mesin kering)
2 s/b penuh asam jawa - campur dgn 1 1/2 cawan air masak ambil patinya.
1/2 peket kecil belacan dlm kotak - hancurkan dengan sedikit air
3 sudu besar petis
2 s/b gula atau secukup rasa
8 ~ 9 s/b kicap manis kipas udang atau secukupnya
2 s/k tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Bahan2 Lain
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak dan mesin kasar
sedikit bijan - sangai hingga kekuningan

Cara2 Menyediakan Buah
Kopek kulit nenas, sengkuang serta mangga muda. Bersihkan buah2an & timun lalu dipotong mengikut saiz & bentuk yang anda sukai. Ketepikan dahulu.

Cara2 Menyediakan Kuah Rojak
Masukkan semua bahan2 kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan air tepung jagung dan masak sehingga agak2 pekat. Jika terlalu pekat boleh tambah air. Rasakan kuahnya mengikut citarasa anda.. kuah hendaklah ada rasa masam, manis dan masin. Tidak perlu tambah garam kerana dalam belacan, petis & kicap sudah mempunyai rasa masin yg mencukupi.

Cara Menghidang
Ambil sebahagian buah2 pilihan anda dan masukkan sesenduk kuah, 1 sudu besar kacang tanah & sedikit bijan lalu digaul rata. Tambah apa yg kurang mengikut citarasa anda jika mau kuah lebih tambahkan kuah, jika mau kacang lebih tambah lagi.. Gaul sebati lalu masukkan ke dalam pinggan. Taburkan sedikit kacang tanah mesin & bijan sebagai hiasan.. siap!!

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...