Masih lagi dengan resepi yang ku cilok dari blog Mariam... Masa aku sembang2 dengan Mariam tempohari.. tiba2 nampak dia update entry gulai tempoyak ikan dengan versi yang berbeza dengan gulai tempoyak yang biasa aku masak sebelum ni. Gulai tempoyaknya warna kemerahan & nampak menggiurkan sungguh! Sementara ada stok bunga kantan & daun kesum yang dibawa dari kampong tempohari... baik aku cuba cepat2. Kebetulan cuma ada stok ikan kembong kat rumah... kira ok sajalah... & hasilnya..... memang sedappp!! Aku yang tak gemarkan masak tempoyak sebelum ni (terutama jika masak dengan ikan patin) tiba2 je rasa sangat2 suka dengan gulai tempoyak yang ini... Terima kasih banyak2 ye Mariam sebab berkongsi resepi gulai tempoyak mama Mariam yang sedap ni...... izinkan sekali lagi akak kongsikan resepi Mariam ni kat blog akak untuk koleksi akak & juga mana tau jika ada sesiapa yang nak merasa kelainan gulai tempoyak ni... untuk lihat resepi asal Mariam.. sila klik sini
Sumber : Mariam’s Mum
Bahan-bahan
Ikan (apa2 ikan yang sesuai ~ MaDiHaA guna ikan kembong)
3 sudu besar tempoyak ~ dicampurkan dengan sikit air jadikan pes
Daun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 2
1 ~ 2 keping asam keping
2 ~ 3 biji cili kering* (MaDiHaA letak 4 biji ~ direbus)
1 inci lengkuas*
1 biji bawang besar*
1 inci kunyit hidup*
Air secukupnya ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
Garam
Gula (optional/ ikut citarasa/ boleh tambah sekiranya guna tempoyak lama yg agak masam)
Cara-cara
Bahan2 bertanda* dikisar halus. Masukkan air & bahan-bahan kisar ke dalam periuk & didihkan. Kemudian masukkan bunga kantan, tempoyak, daun kesum, asam keping, garam & gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan ikan. Bila ikan sudah masak & kuah secukup rasa bolehlah di tutupkan api & dihidangkan dengan nasi putih berserta sayuran & ikan masin.
Selamat mencuba !
10 comments:
Terliur tengok kepekatan masak tempoyak nih huhu.Orang temerloh macam akak nih suka ikan patin ler, tapi ikan kembung pun sedap manis2 gitu......Cuma lama dah teringin nak makan masak tempoyak sayur keladi campur timun...........FUH!!!!!!Terliur
wooo ni lauk feberet..kalau mak saya masak tempoyak ikan patin tak de pakai bawang..tapi entah ler tangan org tua, sedap kanmain lagi..hehee..nak kena pandai adjust kepekatan tempoyak n asam semua tuu
macam manalah rasa tempoyak.Dalam family su sorang je tak makan tempoyak..dapat pulak husband x makan tempoyak juga.Bilalah nak mencuba :)
Boleh pengsan makan ni hehe sedappp sangat makan masakan seperti ni:)
tempoyak masak apa pun sodappp..huhu..
Salam Ratna...Ingat Ikan Sungai Jer Sedap Masak Tempoyak...Ikan Kembung Pun Sedap Juga Yer....
wahh sedapnya...boleh try nih...hehe
petang ni teringin nak masakla ikan kembung masak tempoyak ni. dah lama tak makan
cili kering tu lepas rebus blend skali ker?
Share
Post a Comment