Monday, November 1, 2010

Nasi Goreng Jagung





















Sarapan pagi ahad.. goreng nasi + jagung... jadilah nasi goreng jagung.. hehe.. kes nak habiskan jagung yg abang beli.. sebelum tu.. separuh darinya dah dibuat cucur jagung utk sarapan pagi Jumaat yg lepas.... Sebenarnya abang beli jagung suruh buat bubur.. tapi aku tak berkenan pulak nak buat bubur sebab abang ku gi beli jagung yang dah siap diperisi.. maksudnya jagung tu dah jd jagung kernel dah tak bertongkol.. Aku lebih suka buat bubur jagung guna jagung bertongkol sebab boleh hiris2 sendiri isinya.. Jagung yang cik abang ku beli tu kadang2 ada tertinggal tunggul2 pd biji2 jagung tu.. terpaksa kena hiris2 buang... apa2pun.. abang dah dpt makan bubur jagung sebab pengasuh anak ku ada bagi satu tipuware bubur jagung sebelum tu.. jadi takdelah nak risau kempunan.. hihihi...

Resepi sempoi.. takde sukatan tepat sebab aku buat nasi goreng tak pernah bersukat pun kecuali kalau nak ikut resepi kawan2.... kena gaklah sukat.. tp ni aku tulis jugaklah resepi agak2 aku..

Bahan2
Nasi sejuk dari 2 ½ pot beras yg dimasak
1 ~ 1 ½ cawan jagung
½  biji carrot yg besar ~ di sagat kasar
½  kiub ikan bilis
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa
2 biji cili hijau ~ dihiris (optional)
2 biji telur (kat rumah kehabisan telur pulak.. so x letak ler)
1 cawan air

Bahan2 ditumbuk halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cilipadi (aku tak letak sebenarnya sbb anak2 tak tahan pedas.. sepatutnya letak baru best! Tp aku dah ganti dgn renjisan lada sulah)
½  cawan ikan bilis yg dikopek ~ rendam bersama udang kering
1 ½  sudu besar udang kering

Cara2
1. Nasi diramas biar berderai sambil dicampurkan sekali dengan garam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan jagung kernel, kiub bilis & 1 cawan air. Tutup kuali biar hingga jagung masak & airnya kering sedikit.  Masukkan carrot dan kacau2 rata.
3. Tolak bahan2 ke tepi kuali & pecahkan telur.. biar telur beku barulah dikacau2 bagi hancur. Masukkan cili hijau & kacau rata.
4. Masukkan nasi. Kacau hingga nasi rata & berasap2. Biarkan nasi goreng secukup rasa. Sedia dihidangkan.

Jom sarapan!

1 comment:

ResepiAsia.com said...

btw efort terbaik sharing resepi ni, tabik spring , jangan lupe singgah sini ye

Resepi Premium Percuma Untuk Orang Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...