Monday, November 22, 2010

Pulut Dakap



























Assalamualaikum..
Apa khabar semua?  Harap2 semua sihat2lah hendaknya ye. Pagi ni.. semangat betul nak update blog.. hehehe.. bukan apa.. tak sabar2 nak tayang menu yang satu ini.  Menu yang menjadi idaman sejak sekian lamanya.  Bukan saja2 menunda atau KIV.. tapi ni semua gara2 tak berjumpa dengan si Pisang Raja yang menjadi bahan utama dalam menu ni..  menunya tak lain tak bukan spt tajuk kat atas tu... iaitu Pulut Dakap.

Dah lama bebenor mengidam nak membuat pulut dakap ni... masa dok tengah mengidam  dulu.. adalah sekali kazen ku Ida bawak ke PJ pulut dakap yang dia beli kat Chow Kit kalau tak silap ler.. Walaupun dpt rasa.. tp tak puas hati sebab pisang yg ada dlm tu bukan pisang raja.. tawar & keras mcm tak berapa masak aje pisangnya.. hehehe (byk lak songeh org dah bagi rasa free yek!) Lepas tu.. masa raya puasa tempohari.. dapat lagi rasa pulut dakap masa beraya di rumah mak kawan suami... masa tulah baru dapat rasa kesedapan pulut dakap tu walaupun pisang yang digunakan bukan pisang raja yg biasa.. tapi Pisang Raja Udang (yg kulit & isinya warna pink/merah tu).  Hubby ada cakap.. pisang tu kalau orang badan lemah tak elok makan sebab pisang tu agak 'berbisa' tapi  dah sedap punya pasal.. aku balun jekk... sejak tu rasa semakin tak sabar nak buat sendiri pulut dakap sehinggalah aku dapat pisang raja pakcik hubby bagi masa balik Raub kg hubby (masa balik kacau dodol baru2 ni..) Siap dengan daun pisang aku suruh hubby ambik.. hehehe... Tak sabar sungguh nak membuat.. tapi kena tunggu hari Jumaat barulah aku jalankan projek.. sebab esoknya cuti so tak kisahlah nak berjaga malam2 pun.. 

Ok.. nilah dia hasilnya & rasanya sungguh sedapp!!! Dapat bagi kat Sujah juga & semua kata sedap!! Boleh buat lagi & lagi & lagi di lain kali...!  Ok.. resepi pulut dakap ni aku dapat dari FP Mariam dah lamaaaaa dulu... Hari ni barulah dapat aku kongsikan dengan semua sebab baru kali ni aku dpt mencubanya... Thanks Mariam!! Mariam juga dengan begitu sabar menunggu & berjanji untuk update sama2 dengan aku hari ni dalam blog masing2.. hehehe... kalau nak tengok step by step yg lebih detail.. bolehlah pegi ke blog Mariam ye...



Ini resepinya jika ada yang ingin mencuba terutama pencinta kuih muih orang lama2 sptku...



Sumber : Mariam


Bahan2
500 gm beras pulut ~ cuci bersih & rendam anggaran 2 jam 
1 ½ cawan santan pekat
Pisang raja secukupnya
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya (dikoyakkan anggaran 7 - 8". Layurkan & dilap bersih)
Tali rafia secukupnya

Cara-cara
1. Kukus pulut anggaran 20 ~ 30 minit atau hingga pulut separuh masak & nampak lembut.
2. Sementara tu.. santan pekat dicampur dengan sedikit garam & larutkan hingga terasa lemaknya.  Angkat pulut & gaulkan/arong pulut bersama santan hingga rata. (Kalau pulut terlebih masak.. boleh kurangkan santan sebab takut pulut jd terlalu lembik)
3. Sediakan sehelai daun pisang & sudukan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan. Tekan2 pulut supaya rata & nipis.  Sebarkan pulut menjadi persegi seperti dalam gambar.













4. Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula. Kemudian letakkan sebelah pisang tadi di atas pulut.
5. Balut pulut menyelubungi pisang seperti membuat pulut panggang. Kemaskan kedua2 belah kiri & kanan dengan menekan2 pulut dengan jari yang basah. (jika jari tak sampai.. boleh potong sedikit hujung daun pisang lebihan dikiri/kanan kemudian barulah ditekan2 pulut yg berada di dalam daun pisang tadi). Bila pulut dah mampat lipat daun pisang kiri & kanan seperti kita membungkus lepat pisang.  
6. Ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut, dakapkan kedua2 pulut tadi & ikatkan dengan tali rafia di kedua2 belah kuih seperti dalam gambar.
7. Bila siap membungkus kesemuanya.. bolehlah dikukus pulut dakap selama 30-40 minit dengan api yang serdahana.  Semasa mengukus.. balik2kan pulut dakap supaya masaknya sama rata.

Nota dari Mariam : Kalau nak gaul terus gula bersama pulut pun boleh, jadi pisang tu tak perlulah disalut gula lagi. Menurut Mariam.. pulut tu kalau boleh diratakan nipis2 saja.. barulah sedap.. Tapi MaDiHaA tak reti nak buat nipis2.. maklumlah baru 1st time mencuba..




Siap dikukus & disejukkan...
 



Selamat mencuba!

7 comments:

Anna Qawina said...

salam singgah jenguk menu..masuk list ni, sambil2 tunggu pisang dari kg ni masak..hihi...siap ngan daun pisang lg kita bawak dari Klate...huhu..kalo tak buat tak tahulah ayah kita yg ambikkan daun pisang tu nak ckp ape kan...kihkih...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ANNA QAWINA: kalau bahan2 dah ada.. wajib dibuat pulut dakap ni tau.. terutama bg penggemar2 pulut & pisang.. kuih ni sememangnya sedap!! nnt cuba ye!

izahdaut said...

oooooooo pisang kulit merah tu boleh makan ye..hahahaa..dulu kat kampung ada pisang ni.besar je buah dia.tapi bila berbuah semua adikbradik takut ingatkan cerita hantu..hahhaa..memang tak pernah makan pun pisang tu.org2 tua suka takutkan dengan cerita kulit pisang tu merah sebab minum darah manusia..cehhh..hehhe..teringin betul nak merasa pulut dakap nih..

Ayu said...

salam madiha,
oohh pisang kulit merah tu namanya pisang raja juga ya..pisang tu boleh goreng tak?..

HomeKreation said...

Salam Madiha. Spesel nya kuih ni, along pun tak pernah mkn. Kuih ni asal negri mana ya sbb org Utara tatau pun kuih ni.... teringin pulak. Along ni pisang Raja pun tak kenal.... camna nak buat....huhuuu Kat Miri cuma ada pisang emas je selain dari jenis2 pisang goreng.

hanaz ishak said...

salam kak madiha....
macam2 masak walau sibuk....kami sekarang simple2 jer masak pon ...jd malas sebab barang pon 70% dah di paking....5/6hb ni dah nak pindah kesegamat jd guna apa yg ada ja.....nanti ada rezki kita leh jupa disana lak ....akak kata dah dekat dgn kg akak so mana tau rezeki leh kesana pulak

cikmanggis said...

ini lah kuih kegemaran cm selain dari tepung bungkus.sedap sungguh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...