Salam & selamat pagi semua...
Sihat ke semua? Harap2 macam tulah yekk... Bagi keluarga kami pulak.. nampaknya virus sakit mata sedang menjadi2 kat rumah tu.. lepas Alin sembuh dari sakit mata tempohari... abangnya Haziq pulak sambung.. selang 4 hari.. kakak Dini & ayahnya pulak diserang virus yang sama. Nampaknya sekarang ni.. aku sorang je yang belum kena lagi... harap2.. daya ketahanan aku masih kuatlah hendaknya... kalau boleh taknaklah dpt penyakit tu.. & harap2 juga.. suami & anak2 yang sedang sakit mata tu cepat2lah sembuhnya... amin..
Oklah.. berbalik pada entry hari ni... cuba tengok pada tajuk tu...! Rasa macam seram juga nak letak kat entry pada mulanya.. yelah.. manalah kita tau kek dari syurga tu macamana rupanya kan? Tak tercapai dek akal & fikiran kita untuk menyamakan kek dari syurga (kalaulah ada) dengan kek kat dunia yg kita buat ni... hehehe.. Tapi nak buat macamana kan dah nama resepi asalnya macam tu.. jadi aku tuliskan jugalah... Resepi asal kek ni dari Alex Goh.. tapi resepi ni aku ambil dari blog Kak Zai dapurcomelku dah laaaamaaaa dah dulu... Terima kasih kak Zai sebab sudi berkongsi resepi kek yang sedap ni ye... halal ye saya c&p resepi kat blog saya pulak..
KEK EPAL DARI SYURGA by Alex Goh
Bahan-bahannya
Bahan A
250 g butter
230 g gula halus
Bahan B
5 biji telur (MaDiHaA guna gred A)
Bahan C
120 ml yogurt (MaDiHaA guna yogurt asli)
Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat
Bahan E
3 biji epal - potong kiub (seeloknya guna epal hijau.. MaDiHaA guna 2 biji epal fuji & tambah 1 sudu kecil lemon semasa memasak ~ sila lihat nota di bawah)
50 g sultana (MaDiHaA guna raisin aje)
1/2 tsp serbuk kayu manis
Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek sebelum dihidangkan.
Nota MaDiHaA: Untuk tidak membuang masa menunggu bahan E sejuk.. MaDiHaA mulakan dengan memasak dahulu bahan E. Kemudian barulah dimulakan dengan nombor 1 & seterusnya. Bahan E tadi MaDiHaA tambahkan dengan 1 sudu kecil jus lemon kerana fuji epal tidak masam & 1 sudu kecil air semasa di masak. Tiada air lebihan pun.. jadi lepas epal lembut terus sejukkan.
Selamat Mencuba!
7 comments:
sedap kak? dengar bunyi namanya tu..fuhhh dasatt.ehhehee
fullamak kak... Nmpk menarik neh! nama pong dasat tuh... nnti leh try klu epel tk abes...
Re: hubby tgh godeh2 marang kerapu marang kerapet tuh arap2 leh bernyawa lagik.. akceli ader dua blender tp mslhnyer blender satu lg utk blend kuih ngan bubur darwish.. mmg tk penah blend pedas2.. sayang pulak nk campur aduk... tak leh idop la kak tanpa blender! Mcm putus cinta jek! hihihi... insyaallah blk bln 3 kak..
Ala madiha.........Sedapnya kek tuh, FUH!!!Tajuk dari sorga tuh.....hihi
Wow..takut bila kita buat jadi sebaliknya plak...Terus tukar nama.. ha ha..tapi dalam senarai untuk dicuba..
Salam Madiha. Sedap sgt ke kek ni... epal kat sini mahal ler, malas lak nak beli tuk buat kek. RM10 cuma 5-6 biji tu pun yg paling kecik cam epal bantut je, kalau yg paling beso sampai RM2.50 sebiji!
salam madiha,
wah makanan dari syurga ya ni!!
lembut nampaknya tu..
madiha, kalau kat sini dulu2 my mum suruh ikat/pakai benang merah kat jari macam cincin gitu to elakkkan dari berjangkit sakit mata..lagi satu kalau kena tembel, sapukan tahi hidung sikit kat situ nanti katanya dia tak jadi....entah betul entah tidak..waallawalam..hehe..ini petua orang dulu2lah..can try no harm kan..heheh
sy dah pernah buat.....3 kali dah...sedap sgt..worth trying!!!
Post a Comment