Haa... kan hari tu dah kata memang akan ku buat lagi Granola Bars yang sedap ni........ heeee... Jadi jangan marah ye sebab tayang menu ulangtayang lagi.. kalau nak marah pun kena senyap je sebab hari ni kan Wordless Wednesday... kikikiki... Dek kerana Granola Bars ni.. sampai dah nak habis madu yang mr. hubby beli kat kampong dulu tu. Nampaknya.. balik kampong nanti kenalah beli lagi untuk stok... memang dah lama pun tak beli madu sebab memang jarang digunakan. Tapi bila dah buat benda ni.. kejap jer surut madu tu.. sabor jelah. Ahh! tak kisahla.. janji suami & anak2 suka & aku pun happy juga sebab mereka semua suka..
Jom semak resepi! Kali ni ada sedikit adjustment pada resepi yang dulu sebab dah boleh agak apa yang perlu ditambah & perlu dikurangkan.. Jadi kali ni rasanya.. Granola Bars ni lebih sempurna dari segi rasa & rupa paras sebab yang buat dulu tu ada bahan yang takde.. Orait.. layan ye... Tuan rumah nak sambung kerja sambil2 nyunyah G.B. yum yum...
disejukkan sepenuhnya barulah dikeluarkan dari loyang..
Diolah oleh MaDiHaA a.k.a Ratna
(saiz loyang ialah 9" x 9")
Bahan2
2 cawan Oats (kali ni MaDiHaA guna ‘Nature Ten Whole Grains Cereals’)
1 cawan Corn flakes
1 ½ cawan Puffed rice (resepi asal guna ½ cawan je)
2 sudu besar Badam cincang (non stock.. MaDiHaA ganti pumpkin seed)
2 sudu besar Walnut cincang
2 sudu besar Raisins
¾ cawan madu (resepi asal 1 cawan)
½ cawan Brown sugar (MaDiHaA kurangkan sikit)
4 sudu besar butter
kemudian barulah dipotong... (potong di atas papan pemotong yer!)
Cara menyediakan
1. Sediakan loyang yang sesuai. Alas dengan baking paper dengan ukuran lebih panjang sedikit dari loyang supaya mudah nak angkat bars. Baking paper tadi beruskan dengan butter. Sediakan sehelai lagi baking paper yang disapu butter untuk lapisan atas.
2. Panaskan oven 160C. Masukkan oats, corn flakes, puffed rice, badam cincang & walnuts dalam satu tray besar & ratakan. Panggang lebih kurang 10 minit supaya bahan2 tersebut rangup. (kalau tray kecil.. bahagikan kepada dua bahagian) Dalam masa 5 minit buka oven & kacau2 atau balik2 kekacang atau bahan2 tadi supaya ia rangup sekata. Ketepikan & biarkan ia sejuk.
3. Dalam periuk besar yang sesuai.. (guna periuk bertangkai lebih mudah) cairkan butter dengan api perlahan. Masukkan gula perang & madu & kacau rata dengan api sederhana pula. Biarkan hingga gula cair & campuran tadi berbuih. Padamkan api bila nampak campuran seakan pekat sedikit.
4. Segera masukkan bahan2 yang dipanggang tadi serta kismis & dengan kadar segera kacau sehingga benar2 rata. Pastikan setiap bahan bersalut dengan sirap madu yang dimasak tadi dengan rata.
5. Tuangkan di dalam loyang yang disediakan tadi & ratakan sambil menekan2 dengan senduk kayu supaya padat. Biarkan bancuhan benar2 sama rata & padat supaya mendapat bars yang sama tebal & tidak pecah2 semasa dipotong. Lapikkan lapisan atas bars dengan baking paper yang satu lagi & gunakan rolling pin yg kecil (atau guna je apa2 botol yg sesuai mcm botol nescafe ker) & roll rata2 atas baking paper tadi supaya permukaan bars elok rata. Tarik semula baking paper bahagian atas & biarkan ia sejuk sebentar.
6. Keluarkan bars yang telah sejuk dengan cara menarik baking paper yg berlebih tadi & letakkan di atas papan pemotong. Potong bars kepada kepingan-kepingan kecil dengan pisau tajam dengan cara menekan dari atas. (bukan dengan cara menggergaji ye!) Potong ikut saiz kegemaran & sedia untuk dihidangkan.
7. Simpan Granola Bars dalam bekas kedap udara. Boleh juga dibungkus satu2 secara individu supaya mudah nak dibawa ke mana2 untuk snek bekalan.
Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupan!
Selamat mencuba!
10 comments:
salam Madiha..
Adoii... rajin sungguh madiha ni.. dalam sibuk dgn urusan pejabat sempat jugak buat makanan pelbagai utk keluarga..
Ita pun terasa nak cuba jugak buat GB ni.. nanti tunggu anak2 balik rasanya sesuai juga buat kudapan anak2 kat asrama..
salam madiha...buat nyugah2 sambil tgk tv,best nih!
Asslm...
sedapnya tgk GB ni...boleh wt kunyah sambil tgk TV ni...utk diet pon ok jugak ni...hehehe...tq resepi
WaH!...sedapnya kudap-kudapan ni...menu sihat lagi...dok ngunyah depan tv tak la rasa bersalah sgt kalau abis dimakan pun kan...:)
Assalam Ratna, apa kabor...lama akak x jenguk dapur Ratna ni..bz memanjang...terlepas jgk....rajinnya dia wat kudapan mcm ni..suami akak suka laaa jenis yg rangup2 manis sikit gini...isterinya je malas nak buat...hehehe
salam akak? xterima tempahan ke? teringin nyer..saya penah mkn dlu tp xtahu namanyer,sedapnyaaaa..tu pun ada kwn adik dr kl yg kasi.nk cari area perlis ni jgn harap la.mmg xpenah jmpa pun...heee
Tengok bahan-bahan yang digunakan memang mewah dan kaya raya dengan pelbagai kekacang... he he hehh nampak menarik sangat! Teringat pula masa kecik2 dulu suka makan jipang... yang dibuat dari kacang tanah tu.... tapi yang ini tentu jauh lebih sedap ye Madiha.
Salam Luvlymaira..
maaf dik.. untuk yang ini akak tak terima tempahan la dik.. sorry yer.. dik boleh try buat sendiri.. resepi pun ada tu..
Tumpang tanya..resepi ini x perlu bakar ke selepas kita masukkan dlm loyang?
kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!
Post a Comment