Wednesday, March 14, 2012

Red Velvet Cake pulak....

Salammm... bersua lagi kita hari ni...


Nak bagi cepat2 habis gambar2 yang masih tertunda ni... Sebenarnya.. Red Velvet Cake ni dibuat pada hari yang sama masa buat Red Velvet Cupcakes tempohari.... cuma sesi tayangan je ditayang pada hari yg berbeza.. hihi... Sebenarnya pada hari kejadian.. ku terus bancuh kek ini sebanyak 2 adunan... 2/3 dari adunan aku jadikan kek yang sebiji ini & yang selebihnya dibakar dalam cawan kertas yang comel2 tu.... 


Kek yang sebiji ini aku buatkan khas untuk cousin ku Syikin yang menyambut hari lahir ke 24 pada Januari yang lepas.  Sebab tu tulis belated pada kek.. hehe.. Pada mulanya nak buat kek serentak dengan kek hari jadi Haziq tempohari.. tapi disebabkan Syikin sibuk dengan kursus dan jarang2 balik ke rumah mamanya.. jadi asyik tertunda ajelah adegan nak surprise kat dia kek tu... penyudahnya.. bila tiba hari lahir Alin barulah Syikin habis kursus.. jadi aku ambil peluang buatkan kek utknya sekali pada hari tu.. lagipun.. keesokkan hari selepas majlis yang kami buat tu... Syikin & adiknya Naknie dah nak mulakan sem yang baru... so aku rasa.. itu je masa yang sesuai untuk adakan majlis hari lahir Alin & belated besday utk Syikin.. jadi dapatlah Alin sambut sama2 dengan auntienya... hehe...


Oklah.. walaupun ianya resepi yang sama.. tapi ku letakkan jugalah di entry ini senang nak buat rujukan masa depan sebab kek ini sangat3 sedapp!! 

TQ pada penyumbang resepi... pasti akan ada ulangan lagi lepas ni...


 

Red Velvet Cake
Sumber Resepi : Maya & Kak Ayu@curlybabesatisfaction
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

1 2/3 cup self raising flour
2 tbsp cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)
1/2 tsp baking soda
110g butter-(Ayu used 125g)
1 cup fine sugar- (Ayu used 3/4 cup)
2 large eggs
1/2 cup milk
1/4 cup buttermilk-(Ayu made 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar- leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup)
1 tsp vinegar
1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel-(Ayu used 11/2 tsp wilton-no taste)


Kek dipotong 4 lapisan kemudian dilapisi dengan cheese frosting untuk setiap lapisan...

Method:-
Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar.
Bake in a preheat oven at 170C for 30-40  minutes or just cooked.


Sapukan keseluruhan kek dengan cream cheese frosting kemudian deko ikut kretiviti anda menggunakan buttercream frosting seperti resepi di bawah..

Cream Cheese Frosting
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar-(Ayu used 1/4 cup) (MaDiHaA used 2/3 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon-(Ayu used 1 lime juice) (MaDiHaA used 1/2 lemon juice)

Method
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.


Gambar kek terpotong ni comot la yer sebab ambik gambar masa majlis tu... takde maknanya nak ambik gambar cun2.. tetamu ramai.. hehe..




Kali ni disertakan dengan resepi buttercream frosting untuk dekorasi di atas kek... ikutkan resepi yang kak Ayu buat tu dia curahkan dengan chocolate ganache.. tapi aku tak berkesempatan nak buat sebab kehabisan coklat masakan... may be lain kali...


Buttercream Frosting:-
125g unsalted butter-(125g mentega tanpa garam)
75g shortening-(Ayu used 1/2 shortening 1/2 krimwell)-(75g shortening-Ayu gunakan 1/2 shortening 1/2 lagi krimwell)
100g confectioner's sugar-(100g gula ising)
1 tsp pure vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla esen)
1-2 tbsp cocoa powder-(up to preference for darkness- not too much if dont want bitter)-(1-2 sudu besar serbuk koko-(ikut suka nak gelap mana- jangan banayk sangat nanti pahit pulak)
Beat all the above except cocoa powder till smooth . Add cocoa powder and mix well. ready for piping.-(Pukul kesemua bahan kecuali serbuk koko hingga gebu. Masukkan serbuk koko dan gaul rata. Siap untuk di pipekan)

Selamat mencuba!

7 comments:

Qasey Honey said...

mmg sedapkan RVC ni...QH penah buat versi cc...cntik deco cake tu...mmbuatkan org teruja nk mkn...

emma marini said...

owhh tak tahan daku dengan godaan ini kek....

ijayuji said...

Salam Kak madiha, kek yg comot2 tu kita nak! bestttttt tgk! suke mkn krimnya yg dah hampir cair :D

Unknown said...

Assalam kak, RVC kek memang sedap tambah lak tgk deco yg meriah ni lagi best ni:)

Ayu said...

Assalam ratna,
Cantik deco cake ni.. Alahai the more you say sedap, the more akak nak buat lagi lah...heheh
Terimakasihlah for trying this recipe ya..

Unknown said...

Salam kak madihah,
sedapnya nampak kek nie...teruja sugguh tgk deconya...:))

mrs kayrul said...

sure sedap nie...tengok lapisan tue pun dah tergugat iman nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...