Dah acapkali MaDiHaA buat muffin ni.. pantang ada stok pisang yang dah tak boleh dihabiskan.. mesti buat muffin ni.. Sebab utamanya.. mestilah sebab ianya sedap! Gabungan pisang dan coklat memang sangat serasi. Lagipun.. penyediaan membuat muffin lebih mudah berbanding kek.. godek2 je dah siap. Tak payah susah2 nak beli tepong muffin.. memang tak pernah hayat pun beli tepong muffin.. sebab boleh godek sendiri dengan mudah. Buat apa nak bazir2kan duit kan? Bukan je tepong muffin, tepong kek segera pun tak pernah beli... memang dasar kedekut berjimat cermat betul MaDiHaA ni kan.. hihi...
Muffin ni MaDiHaA buat sebab ada stok pisang dah dah ranum pemberian makcik sebelum cuti sekolah tempohari. Agak banyak juga makcik bagi. Kebetulan sekolah tadika abang Haziq ada buat jamuan perpisahan sebelum cuti sekolah.. apalagi.. teruslah godek muffin ni untuk dia bawak ke sekolahnya. Dulu masa jamuan raya pun buat muffin ni jugak.. mesti cikgu Haziq cakap ibu Haziq ni pandai buat muffin je kot.. heheheheee... takpelah janji budak2 suka.. ada coklat2 ni mesti budak2 suka kan?
Oklah.. resepi ni pun dah 2 kali pernah share kat blog ni.. kira resepi ulangan.. cuma kali ni takde stok choc chips jadi nama tukar ke coklat urai.. hehe.. Buat kali ni MaDiHaA lebihkan pisang sebab sayang pulak pisang berlebih sikit lagi.. jadi muffin kali ni kurang membumbung & tak merekah seperti kebiasaannya.. tapi rasa tetap sedap! Kalau ikut resepi yg MaDiHaA tulis tu insyaAllah jadi elok macam yang biasa MaDiHaA buat.. cer klik SINI hasil yg tak derhaka.. hihi.. Layan jelah ye.. Terima kasih pada Ana yang berkongsi resepi dari buku resepi yang mana resepi asalnya adalah muffin pisang tanpa sebarang coklat.. Ini resepi yang MaDiHaA dah olah dicampurkan serbuk coklat dan/atau coklat chips/coklat urai. Bertambah2 sedap jadinya. Cubalah ye.. tak rugi punya..
Muffin Pisang Coklat Urai
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna
Adaptasi dari : Banana Muffin, Wendy Khor recipe book
Sumber : Ana Elianas, Penang
Bahan2 A
400 gm butter (dicairkan)
300 gm / 6 biji telur
200 gm susu segar
Bahan B
600 gm pisang yang dilecek (MaDiHaA lebihkan sbb pisang berlebih.. jadi muffin ni tak merekah.. biasanya naik membumbung & merekah elok je.. tp rasa tetap superb!)
300 gm gula perang (resepi asal guna 400 gm gula kastor~ terpulang anda nak letak byk mana)
2 gm garam
Bahan C
530 gm tepong gandum
10gm (2 tsp) baking powder
10gm (2 tsp) sodium bicarbonate
20 gm serbuk coklat
Bahan D
1 cawan coklat urai/choc rice
Cheroly merah secukupnya (optional ~ sekadar nak naikkan warna)Cara2 menyediakan
1. Campurkan butter cair yang telah disejukkan bersama telur & susu. Kacau sehingga rata.
2. Ayak kesemua bahan C. Ketepikan dahulu.
3.
Dalam mangkuk yang besar.. campurkan pisang lecek, gula & garam.
Gaulkan sehingga rata & gula hancur. Masukkan bahan A & kacau
rata.
4.
Akhir sekali masukkan setengah cawan coklat rice & bahan yang
diayak & kacau rata. Jangan terlebih kacau.. Cukup sekadar sebati
saja.
5.
Sudukan ke dalam acuan muffin yang disediakan sebanyak 3/4 penuh.
Taburkan sedikit coklat rice & cheroly merah di atas permukaan
muffin. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama
20 - 25 minit dengan suhu 180C. (bergantung oven masing2).
Selamat mencuba!
11 comments:
salam..myra selalu try resipi kek or muffin ...tapi bila bab muffin selalu failed...sedih sgtt..sbb muffin myra tak naek...
haaaaa baru ingat ada pisang beberapa biji dalam peti belum makan.. boleh lenyek buat muffin.. tqs for d idea sis..!!
sedapnya kak...pernah buat ni..dari resepi akak jgk...
tun mmg suka kombinasi pisang dan coklat! mmg kalau pisang2 ni lajuuu je.
akak pun suka buat muffin yg ada coklat dan pisang sbb last2 nya tak rasa pun pisang tapi lebih ke coklat tu lah yg budak2 suka dan kita pun happy jugak hee mmg mantop dan sedap
sedapnya.....bila nk buat nnti saya copy ye...
sedapnye..bleh try buat ni..sebelum ni dok buat yang biasa2 je..
Aslmkum Ratna.
Muffin letak pisang dan coklat urai ...mmg sedap.anak2pun suka yg ada coklat gini.
re; kek utk hantaran...Ratna boleh juga buat kek choc...deco hias sekeliling dgn biskut choc yg btg2... mcm pagar...dan ikat dg riben....
salam kak
klu dh byk kali buat mesti sedap..mcm zila klu resepi tue sedap..mmg asik buat jew..he hhee sampai diorg jemu..:) nampak sedap la kak.
Kita pun suka sangat muffin or kek yg ada pisang..lg2 klu guna pisang ranum memang terasa sedap sangat...bole cuba ni..thanks kak share resepi...mmmuahhh
kalau Na kata sedap, mesti sedap punya...Na postlah dlm group eksperimen, lehlah akak tengok resepi tu dn cuba buat..
Post a Comment