Monday, December 3, 2012

Roti Jala gandingan Gulai Kuzi...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Rindunyer nak berblog & berblog walking... tapi apakan daya tak berkesempatan. Rancang hanya ambil cuti tahunan 3 hari sehingga Rabu.. tup-tup jadi 5 hari sehingga ke Jumaat. Wahh.. dah macam cuti raya pulak sampai 9 hari cuti termasuk Sabtu & Ahad.  Jauh betul perjalanan kami tempohari.. dari PJ --> Raub --> Keratong --> Kuala Terengganu --> Keratong --> PJ hampir pukul 12 tengah malam tadi selamat sampai ke PJ mengharung jalan yang jem dah macam cuti raya pulak jemnya. Perjalanan biasa hanya 3 setengah jam dah jadi 5 jam!   Kita hanya mampu merancang... tapi Allah s.w.t juga yang menentukan... Urusan di KT pula semakin dipermudahkan Allah s.w.t.. Syukur alhamdulillah...


Oklah berbalik pada tajuk kat atas tu.. sambungan dari entry Gulai Kuzi Ayam minggu lepas.. MaDiHaA mohon maaf ye sebab dok hidang Gulai Kuzi je sampai semua pengunjung blog ni pun dah naik muak dibuatnya.. hehe.. Tulah ingatkan cuti sampai Rabu je.. Ingatkan bolehlah update blog hari Khamis tu.. Tapi bila dah tambah emergency leave lagi 2 hari tu yang blog tak berupdate.  Dah jadi perangai... MaDiHaA tak suka heret lappy bila berjalan atau outstation... & bila berjalan memang dunia cyber ditinggalkan terus.. hehe.. Sebab tu ler blog tak update.. FB pun tak jenguk2..

Jadi hari ni sajalah nak tayang Roti Jala yang digandingkan dengan Gulai Kuzi.. Memang gandingan yang mantaplah kata Kak Sha.. sebab menurut Kak Sha.. Gulai Kuzi memang sesuai dimakan dengan Roti Jala.. 

Resepi Roti Jala ni pula guna resepi yang biasa MaDiHaA buat.. lain kali boleh guna resepi kawan2 pulak.  Teringin juga nak buat Roti Jala guna acuan picit2 tu.. tapi belum berbeli lagi.. jadi guna jelah acuan yang biasa tu je... so takdelah jadi cun macam jala... setakat jadi berkirai2 ajelah.. hihi..


Roti Jala
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
 
Selamat mencuba!

7 comments:

Qhaifa Nur said...

lama tak buat kuih jala...
sedapnya...

Norzie hany said...

Assalam Madiha.
Terliur akak tengok roti jala ni,dah lama betul akak tak menjala.

Love2cook Malaysia said...

Roti Jala is my family's fav now..kena buat every 2 weeks once, hehe!

Selalu makan ngan kari sardin atau ayam je. Sedapnya akak punya!!! Uish ;)

zila norazila said...

salam kak madihaa
bestnya balik bercuti..tp klu nk mulakan keja tu yg malas kan kak..samalah dgn zila nie..dh lama x buat roti jala kak..uittss mcm nk buat jgk jew la..h ehhe

cahayahidupku.blogspot.my said...

Rajin betul Ratna menjala.. sdapnya kari kuzi tu :D

faa.rosli said...

lama tak menjala....sedapnyaa..

kurus said...

sedapnyee kak
cantik jalaan akk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...