Saturday, January 5, 2013

Spagetti Keju, Herba & Blackpeper

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Semasa cuti sekolah akhir tahun lepas sebelum kakak Dini di hantar ke asrama... sempatlah MaDiHaA masakkan beberapa menu kegemaran untuk dia & adik2nya... alhamdulillah semua yang dia teringin MaDiHaA sempat sediakan... Harap2 dia dapat biasakan diri makan makanan yang disediakan kat asrama tu nanti..

Kat bawah tu antara  makanan kegemaran kakak Dini & adik2nya.. Kalau masak menu2 western gini dorang memang suka sesangat. Kat bawah tu MaDiHaA tuliskan resepinya.  Tapi resepi pun gunakan sos segera je.. Kita tambah2 sikit apa2 yang dirasakan sesuai.  Kalau ada yang nak mencuba bolehlah ye... budak2 memang suka... Mak budak pun suka juga sebenarnya... hehe..


Spagetti Keju, Herba & Blackpepper
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
300 gm spagetti ~ direbus lembut kemudian tos & gaul dengan minyak sikit minyak zaitun

Bahan Sos
1 biji bawang besar ~ didadu
1 keping dada ayam (1/4 dari seekor ayam) ~ potong kiub kecil
1 peket jejari ketam ~ potong kecil
1 tin sos keju & herba prego
1 tin air (sukat tin sos prego)
1/2 tin cendawan butang ~ dihiris
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk lada hitam (yg dikisar sendiri)
sedikit garam

Cara menyediakan
1. Panaskan mentega lalu tumiskan bawang besar hingga layu & wangi. Masukkan isi ayam & cendawan butang & kacau rata. Masukkan jejari ketam & biarkan sambil dikacau perlahan.
2. Masukkan sos keju & herba prego serta 1 tin air (kacau2 sikit biar lebihan sos larut dengan air). Masukkan garam & serbuk lada hitam. Biar mendidih & secukup rasa.
3. Bila dah mendidih & cukup pekatnya bolehlah di padamkan api & hidang bersama spagetti. 


Selamat mencuba!

4 comments:

Amie said...

Sedapnya dengan sos pekat gitu Madiha...2 piring tak cukup nih!

PH said...

Budak2 memang suka makanan western. Bagus juga sebab masakan western ni mudah nak disediakan :)

faa.rosli said...

lapar plak tgk spaghetti ni...nyumnyum

hana said...

salam kak... slamat taun baru... sedap bona nampak spageti akak tuhh... owhh yg nih sos yg keju tuh eh.. nnti leh cuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...