Assalamualaikum
& salam sejahtera....
Salam bertemu kembali.. Quick update je hari ni ye. Tak sempat nak mengomel panjang. Kesibukan sedikit..
Inilah dia Nasi Beringin atau Nasi Serai yang digandingkan dengan Daging Palembang yang sangat sedap tu.. Oleh kerana dah makan lauk daging... MaDiHaA seimbangkan dengan tambahan sayur peria katak goreng bertelur... manalah tau kot-kot boleh kurangkan sikit kolesterol yang ada pada daging tu & juga dalam badan yang dah sedia ada ni... hihihi...
Terima kasih sekali lagi Amie & juga Syidah Mustafa untuk perkongsian resepi ini... mohon share di sini pula ye..
Nasi
Beringin@Nasi Serai
Sumber: SyidahMustafa@MYResepi.Com, Amie & MaDiHaA
Bahan-bahan
( 4 orang )
·
2 cawan beras biasa - Amie gunakan beras basmathi (MaDiHaA campur kedua2 beras sbb beras basmathi tinggal 1 cwn jer)
·
1 sudu kecil jintan kasar
·
½ biji bawang besar (yang kuning)
·
4 ulas bawang putih
·
1 inci halia
·
5~6 batang Serai
·
1 sudu besar marjerin
·
air untuk menanak nasi
·
sedikit garam - Amie gunakan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
Cara-cara:
1.
Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia.
2.
Titikkan serai.
3.
Panaskan periuk dan cairkan marjerin.
4.
Tumis dahulu jintan kasar.
5.
Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik.
6.
Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
7.
Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi
ni...ok...selamat
mencuba!
9 comments:
Salam kak madihaa... baru tau nasi beringin tu nasi serai. hihi.. xpenah mkn nasi beringin, tp nasi serai penah la buat..
tun xpandai makan peria.. kene belajar jugak mkn ni, sbb baik utk kesihatan.
Assalmaualaikum kak hee tulah biasa buat panggil nasi serai je...sdp npk lauk dgg tu boleh lah cuba..minggu ni g pasar cari gdd..tq kak resepi
Sedapnya kak ratna.. nak cuba nanti... masuk list resepi ni ;-)
So delicious! You should call it Nasi Teringin sebab PH teringin sangat makan nasi dengan daging yang best tu...Peria pun my fevret!
tk pernah dengar nasi beringin...mesti berangin aje kan. Daging tu nyum nyum.
fes taim dengo nm ns ni...harus di cuba ini...bila dh jemu ns putih tu kan..tengkiu kak Ratna!
Assalamualaikum Madihaa
kak noor pun belum pernah try lagi nasi macam ni boleh try suatu hari, set yg ada peria tu mmg sedap akak suka yg pahit2 macam ni ..
As salam. Dah terbau wangian nasi serai. Insya Allah boleh cuba. Dulu buat ayam serai,mskrg kena cuba pulak nasi serai
boleh share tip mcm mana nak pilih rice cooker malaysia? tak tau le nak pilih brand apa
Post a Comment