Assalamualaikum & salam sejahtera...
Kali ni MaDiHaA kongsikan resepi yang dah lama di masak
ni. Memang tak sempat nak update masakan terbaru sebab ada banyak lagi
gambar2 lama yang masih tunggu Q. MaDiHaA masak lauk ni digandingkan
dengan Nasi Beringin semasa hari kepulangan en. husband dari kampong semasa dia
menghabiskan cuti Chinese New Year bulan lepas. Rasa teringin sangat nak
merasa bila nampak sahabat kita Amie menghidangkannya kepada keluarganya tempohari.
Jadi MaDiHaA ambil peluang masak masakan istimewa ini sempena kepulangan suami
tersayang.. hehe.. Memang tak rugi mencuba sebab lauk ni sememangnya
sedap!
Bercerita pasal Amie.. hati tiba2 rasa sebak & bimbang
dengan keselamatan beliau dan keluarga serta semua sahabat handai yang berada
di Lahad Datu... Marilah kita sama-sama berdoa semoga segalanya akan selesai
tanpa ada perkara yang tidak dingini berlaku terhadap pejuang2 negara yang
sedang bertugas di sana. Semoga sahabat handai yang berada di Lahad Datu
& kawasan sekitarnya dilindungiNYA sentiasa... amin..
Mohon izin ye Amie MaDiHaA kongsikan resepi sedap ni di blog
MaDiHaA pula.. terima kasih pada Amie & Kak Maria Hakem untuk perkongsi
resepi ini..
Daging
Palembang
Sumber
: Kak
Maria Hakem, Amie
& MaDiHaA
Bahan-bahan:
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh
gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik
homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang
(Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot &
sebiji bawang besar yang dibelah 6)
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis
bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup
kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan
seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan
santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan
kuah menjadi pekat.
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak
mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.
Selamat mencuba!
20 comments:
masa bulan posa tu ari ada org jual
seketui rm1 tau kak..
saya beli 5 ketui rm5
makan dgn nasi himpit..sedap
serius terliur tgk!
Assalamualaikum..wahhhh...saya pernah masak lauk palembang ni tapi guna ayam...time tu guna resipi dari MyR...sedapppppp..len kali boleh cuba versi ni plak
wow, sedapnya.....
kalau beli sure mahal ni...
Kite pose ni kak madihaaaa dah leleh air liurr kang ade yg batal pose nnti kanggg
sedapnya masak palembang..
dulu masa dekat uk, stp kali ada gathering wajib masak palembang dgn kambing..
fuhh.. memang terangkat makan dgn nasi panas..
Sedap nya kak...
Nyum..nyum..
sedap nih kak, dulu2 masa makcik kawin ada sorang makcik yg pakar msk bt ayam msk palembang... perkh sedap sampai teringat2... tp nyer bahan2 dia rumit n mcm2... sbb yg makcik tu ada penambahan lg sos tiram, kicap pkt, gula melaka,sos cili kot ntah la tak ingat... tp mmg sedap sgt2
mmg nmpak best lauk ni, nak2 kalau gandingkan dgn nasi berperisa kan, sesuai sgt rasanya...
Assalamualaikum Madiha,
macam terngiang-ngiang di telinga namaku disebut-sebut... he he ehhh sebenarnya sejak peristiwa pencerobohan pengganas di tempat kami, Amie kurang bersemangat untuk update blog... tapi jiwa masak & kongsi resepi setiap hari menyeru supaya teruskan kebiasaan ini walaupun Amie akui memang tak dapat bw ke dapur teman-teman. Alhamdulillah, kami kagum dengan usaha anggota keselamatan udara, darat & laut! Hari2 kami saksikan berbatalion tentera menaiki lori dibawa ke Kampung Tanduo, bunyi siren polis, ambulance, jet pejuang, helikopter dsb! Aduhai Madiha.... banyak sangat kisahnya, apalagi mengenang 600 penduduk di sana yang terpaksa berpindah mencari tempat perlindungan, makanan dan ubat-ubatan pun terpaksa dibekalkan. Terima kasih atas doa dan sokongan semua rakan blogger.
Lupa nak komen daging Palembang yang sedap tu... Amie pun rasa nak buat lagi tau, tapi versi kerisik macam Madiha pula!
aduh sedapnya Madihaa daging ni,tapi kat umah akak ni boss besau tak suka daging, nanti akak ambik resepi nak tukar dgn ayam lah, lagipun kalau kita masak kita je makan mmg tak best kan,kalau masak semua orang makan baru lah best dan malatop insyaallah nanti nk try jugak resepi ni..
Untuk Amie semoga bersabar dgn apa yg berlaku semoga keadaan di Lahad Datu kembali pulih amin
Assalam kak,nmpk sdp betui daging palembang nih,aritu msa nmpk kak amie tayang pon dah terliur abis..Bestnyer klo dpt cicah ngan roti ke nasi berperisa..
Assalamualaikum K.Madihah,
nmpk sungguh menyelerakan daging palembang ni...walau itam tentu sedapkan..kalau masak mcm ni mesti bertambah2 nasi dan lauk....leh cuba ni..tq berkongsi resepi...
Adui tertelan air liur when I saw this dish kat FB. Cepat I datang sini check the recipe. Nanti I gather all the ingredients nak masak this weekend. Thanks you Madihaa for sharing this recipe.
nampak pun dh tau sedap nie kak..zila simpan resepi nie..nnt2 leh try jgk.
smalam zila buat rendang jgk..tp rendang biasa campur nangka..teringin nk mkn..h ehhehe
perhhh...mengancamnyaa
nak try la nnti...cari daging dulu..kikiki
Insya Allah nanti nak cuba. nampak macam sedap sangat ni
Tak guna garam ke ?
keliatannya sangat enak kuenya !!
Terapi Obat TBC
Kelihatannya sangat enak , jadi ingin sekali untuk mencobanya !!
Penyebab Timbulnya Penyakit Miom
Post a Comment