Pagi ni MaDiHaA nak berkongsi resepi lauk ala2 kampong yang sangat sedap ni. Beberapa minggu yang lepas semasa MaDiHaA pulang ke kampong untuk majlis kenduri di kampong.. Ma ada kirimkan sebekas jering tua yang telah siap direbus. Di Pantai Timur jering tua yang direbus sangat digemari ramai. Kebiasaannya jering rebus dimakan bersama2 dengan kelapa parut yang agak muda yang telah digaul dengan gula & sedikit garam. Rasanya sedap lemak2 serta isinya empuk. Rasanya seperti kita makan ubi rebus. Tiada lagi bau jering yang menusuk atau rasa jering yang agak pedar. Semuanya hilang semasa merebus. Sajian jering rebus ni memang popular di Kelantan & Terengganu. Malah di kampong kami di Pahang.. dah semakin ramai yang dah pandai makan jering rebus bersama kelapa ni.
Oleh kerana jering rebus yang ma bagi tu ada lebih & kami dah jelak nak makan dengan kelapa... MaDiHaA terfikir untuk mencampurkan jering rebus tu bersama2 dengan rendang ayam. Hasilnya... sangat2 sedap! Peminat2 jering bolehlah mencubanya ye. Jika tiada jering rebus seperti MaDiHaA.. boleh juga gunakan jering yang sederhana tua (yang masih boleh digigit tetapi agak keras) dengan cara mengetuk2 terlebih dahulu isi jering tersebut sebelum direndangkan.
Jom tengok resepinya...
Rendang Berempah Ayam & Jering Tua
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
500 gm ayam ~ dipotong saiz sesuai
25 keping jering tua yang telah direbus sehingga empuk selama 3 jam dengan api besar ~ lihat nota di bawah cara2 merebus. (atau boleh guna jering sederhana tua (masih boleh digigit)... tak perlu rebus tapi diketuk2 sedikit hingga memar)
3 sudu besar kerisik homemade
1 keping asam gelugur
2 cawan santan
(jika gunakan jering sederhana tua yang diketuk... boleh tambahkan 1 atau 2 cawan air untuk melembutkan jering)
2 helai daun limau purut ~ dikoyak2
sedikit minyak
garam, aji & gula secukup rasa
5 - 6 sudu besar cili kering kisar.
Bahan dikisar halus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup (kalau guna ibu kunyit.. letak 1 cm je sbb besar)
3 biji buah keras
1 sudu kecil biji ketumbar
1/2 sudu kecil biji jintan manis
2 batang serai ~ dihiris
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan cili kisar & bahan2 kisar sehingga naik minyak & garing.
2. Masukkan ayam & jering. Gaul rata. Masukkan santan, daun limau purut & biar sehingga santan sedikit surut.
3. Masukkan asam gelugur, kerisik, garam, aji & gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat & melekat. Jika dah secukup rasa.. bolehlah dihidangkan.
Cara & Petua Merebus Jering Tua
1. Kupas kulit jering tua & isi jering tadi dibelah dua.
2. Campurkan jering tua yang telah dikupas kulit tebalnya dalam satu periuk besar. Biasanya di kampung... orang merebus jering tua dengan kuantiti yang banyak supaya berbaloi dengan masa yang lama diperlukan.
3. Masukkan beberapa keping kulit jering tadi, 2 batang paku (kuantiti paku bergantung berapa banyak jering yang direbus) & juga air yang banyak.
4. Rebus menggunakan api yang besar selama 3 jam tanpa henti. Jika perlu menambah air... pastikan tambah dengan air yang mendidih.
Nota MaDiHaA : Merebus jering tua harus dibuat dengan berhati2 & mengikut petua yang diberikan supaya tidak terjadi kejadian 'kepit' atau 'kapit' kepada si pemakan. Maksud kepit tau kapit tu ialah kesukaran untuk membuang air kecil. Ada juga dikalangan orang2 tua yang memanggilnya sebagai 'dedas'.
Jering tua yang pada mulanya tak boleh dimamah kerana terlalu keras.. akan menjadi lembut & gebu selepas direbus beberapa jam. Di Pantai Timur.. jering rebus ini dimakan dengan kelapa parut yang agak muda dengan mencampurkan dengan gula & sedikit garam. Sedap! MaDiHaA ambil sedikit jering rebus ini untuk dicampurkan ke dalam rendang. Pun sedap sangat!

Cuba tengok gambar kat atas tu...
kakak yang sedang berjualan jering rebus & etok di salah satu pasar di Kelantan..
Selamat mencuba.
11 comments:
Fuhhh sedap! Terliur lieya kak...tp lieya x reti makan jering...tp kalo petai mmg peberet lieya....bertambah2 mkn nasik kalo ade petai rebus ni...
menggoda betul pepagi nih.
Assalamualaikkum Madihaa aduiiiiii terliur akak tengok pepagi masakan ni tulah jering tu susah dpt kalau tak bermusim kan, mmg lemak2 gitu kan..
alamak tak makan jering! hehe
nampak sedap sangat rendang itu...tak pernah makan jering...ada ka ia macam petai?
sy mmg tak makan jering wlpn ayah dan arwah mak adalah penggemar jering. tak kira lah jering muda, jering tanam ni...
mak mentua adik sy pulak penggemar jering rebus ni. Selalu tgk dia buat...dan disertakan ngan kelapa parut campur gula tu lah. Tgk dia makan...ish..ish..mcm ubi rebus cicah kelapa tu aje, hehe..
memang nampak sedap sangat rendang tu..
erm, sedapnya makan rendang dan jering tu..
sedapnya jering tu ....tak pernah lagi makan jering dibuat rendang selalu goreng sambal
terliur tgk jering ni..ibu saya selalu buat gulai jering cambah..sedap gak..
terliur tgk jering ni..ibu saya selalu buat gulai jering cambah..sedap gak..
Post a Comment