Tuesday, May 21, 2013

Lala Masak Rasa Tomyam

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selamat bersua kembali.   Apa khabar semua? Ada yang rindu dengan MaDiHaA? Ehh tersilap.. sebenarnya nak tanya ada yang rindu dengan masakan MaDiHaA tak? hehe... perasan pulak... hmm.. nampak ceria je kan MaDiHaA hari ni... Minggu lepas macam takde mood je setiap kali update blog. 3 Hari tak update blog... sekarang En. MahMOOD sudah mari ka? haha... Takdelah.. biasa2 aje.. 

Sebenarnya semalam MaDiHaA ambil cuti sehari untuk selesaikan beberapa perkara.  Tapikan.. kereta ku itu macam tau2 aje tuan dia bercuti semalam.. awal pagi start enjin kereta untuk hantar anak pegi sekolah tup-tup tak mau hidup pulak.  Waaa... ini kereta banyak pandai!  Macam tau je tuan dia taknak pegi kerja.  Tapi cemas juga sebab macamana nak hantar anak ke sekolah?  Cepat2 call en. hubby kat tempat kerjanya suruh balik segera tolong hantar anak ke sekolah.  Sepatutnya en. hubby habis kerja shift malam sampai pukul 8 pagi. Jadi semalam dia kena balik awal sejam.  Hubby yang bermotosikal dari Shah Alam sampai rumah 7.30 pagi bergegas hantar Haziq ke sekolah dulu.  Kesian Haziq sampai lewat ke sekolah.. sampai sekolah semua murid masih berada diperkarangan sekolah untuk perhimpunan pagi Isnin.  Mujurlah belum masuk kelas lagi. Hantar dengan motor jalan tak 'sangkut' sangat.. kalau dengan kereta keluar 7 pagi pun gerenti lewat..



Dan semalam semua urusan yang nak diselesaikan terpaksalah tertunda masanya gara2 kena tukar bateri kereta baru. Owhh.. dah setahun lebih rupanya patutlah bateri kong! Hehe..   Lewat juga dapat keluar untuk uruskan hal yang berkaitan.  Tapi alhamdulillah.. perkara yang paling penting dapat diselesaikan.  Syukur..

Oklah.. panjang pula mengomel.. jom MaDiHaA share resepi ringkas ni.. Lala antara lauk kegemaran MaDiHaA juga.. tapi jarang2 beli sebab anak2 belum pandai makan.  Haziq nampak macam dah pandai juga nak makan.. tapi MaDiHaA pesan jangan makan banyak2 takut juga dia allergik sama seperti dia makan udang.. jadi dia cuma makan sikit je & mujurlah takde kena gatal2 & bengkak2.

Tak tau nak letak nama apa... belasah jelah ye..


 
LALA MASAK RASA TOMYAM
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
1.2 kg lala ~ direndam dalam air sebentar & bersihkan. Ulangi 2 ~ 3 kali & tos
3 batang serai ~ diketuk
5 ulas bawang merah ~ dihiris
5 ulas bawang putih ~ dihiris
3 - 4 biji cili padi ~ diketuk
1 sudu besar penuh pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
minyak untuk menumis
secubit gula
garam jika perlu
2 helai daun limau purut ~ koyak2 (MaDiHaA tak letak suami tak suka)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah, bawang putih, serai & cili padi sehingga wangi.  Masukkan tomyam paste & sos tiram & kacau rata.
2. Masukkan lala, air, daun limau purut & secubit gula.. biar mendidih sambil dikacau & tunggu sehingga kulit lala berubah warna & terbuka. Jika perlu boleh tambahkan sedikit garam. Kacau2 sebentar lagi & bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!

13 comments:

Unknown said...

simple gini pun dah sedap kak..mau bertambah nasi nye

LiNa_Pg said...

Assalam kak MadihaA,
Kete pun pandai wat hal ari tuan dia cuti..seb baik jugak la kan..kalau tidak,mesti kelam kabut nk gi kerja..

Lamanya tak makan lal retak seribu ni..Terliur pulak menu akak ni..ngan aroma tomyam lagi menambah selera..

Masya said...

belum pernah lal masak tom yam.. saya pengemar tom yam .. kalau sedapp blhlah sy cuba..

Ratu Hatiku said...

Sedapnya..tak pernah msk tomyam pun lala nie..Selalu buat grg sambl.. Blh la cuba nnt :D

rostina76 said...

salam k.madiha….sukanya lala. ros kalau lala tumis cili gitu je pun dah sedap, klu boh perencah tomyam ni lagi sedap.

Qhaifa Nur said...

selalu masak bubuh sos tiram, kali ini kita tukar rasa tomyam pulak...sedapnya..

Gee® said...

Bak semangkuk MadihaA nak meatah...

umi's cup cake said...

Kak Madihaa,
umi suka sangat lala tapi suami kurang gemar beli..jadinya sekali setahun pun susah..sedapnya lala

Liza said...

pergghhh, sedapnya mkn dgn nasi panas2 ni..

mrs said...

hurm tak pernah terpikir nak buat lala masak tomyam..lepas nie boleh cubam nampak sangat menyelerakan

Amie said...

Alahai Madiha... Amie ni jenis tak pandai bab kereta ni, isi minyak pun minta tolong anak temankan (kalau terpaksa isi sendiri sebab selama ni suami tolong isi) kadang2 risau juga kalau apa-apa berlaku di tengah jalan... he he ehh
Tumpang jamu mata tom yam lala tu Madiha... macam dah terbau aromanya!

zila norazila said...

miz u kak..:)
keta klu nk wt hal mmg x kasi signal kan..he hehe..nasib x keja..lal zila pun jrg masak..sthun skali pun payah..biasa klu teringin bli dh siap masak jew..org malas mmg camne kan..he hhee

Sweet red cherry said...

salam kak madihaa..

sedapnya makan lala.. suka makan seafood jenis kerang-kerangan ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...