Assalamualaikum & salam sejahtera...
Badan masih kepenatan... malam tadi baru je balik dari kampong ada kenduri kahwin sepupu belah suami. Penat tu bukan sebab kena buat kerja lebih.. tapi sebab tak cukup tidor & penat travel.. hehe.. Jumaat balik kerja berkemas pakaian untuk balik kampong sambil2 tunggu laundry 2 mesin kain baju sebab baru ada air hari tu sementara tunggu en. suami balik dari kerja pukul 12.30 awal pagi. Bila En. suami balik pun sempat lagi cuci baju2 keje dia sebelum kami bertolak pulang ke kampong hampir 2 pagi. Yelah.. kenalah cuci dulu uniform kerja dia... sementara air ada kan. Maklumlah sejak2 catuan air ni kerja2 mendobi pun kena ikut jadual air jugak. Sampai Raub 4 pagi... Mata memang tak boleh nak celik dah rasanya. Itu yang buat badan penat sebab tidor yang tak cukup & perjalanan yang jauh (walaupun takdela jauh sangat..) tapi badan ni memang lemau kalau jalan2 ni... maklumla dah tua.. hehehehhh... Tapi en. suami lagi la kesian.. langsung tak tidor.. sampai2 je terus tolong sepupu2nya mesin kelapa & lain2 kerja sehinggalah majlis kenduri selesai. MaDiHaA hanya bantu menghias hidangan pengantin aje. Yang memasak sepupu yang lain tau.. hehe.. kita cuma ambil bidang hias menghias aje.. Pastu adalah tolong kutip2 pinggan kotor atas meja sebab tetamu datang serbu mengejut kelam kabut juga dibuatnya. Mujurlah kerahan tenaga dari Geng Baju Merah Salam Generasi sangat2 bersatu hati menyelesaikan tugasan hingga selesai. Itulah untungnya ramai sepupu sepapat yang bersatu hati.
Oklah nak kongsi resepi marbeles ni dengan kawan2. Adik Alin beberapa kali ambil hati ibu dok puji ibu masak sedap.. hehehe... yolah tu dik.. memang sedap pun.. ada iras2 macam rasa kuah percik. Memang best.. Terima kasih LiNa Pg berkongsi resepi tempohari ye... sumber asalnya diambil dari Wana Potret Kasih. Thanks buat kedua2nya. Jangan marah ye sebab MaDiHaA ada adjust sikit bahan2 lain kes nak perabis buah tomato yg tak berkulit lebihan deko pulut kuning tempohari.
AYAM KALIO
By : LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih
Bahan-Bahan
By : LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih
Bahan-Bahan
- 400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam saiz kecil )
- 4-5 ulas bawang merah ( kisar )
- 3 ulas bawang putih ( kisar )
- 2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
- 4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde (MaDiHaA tambah 2 biji je + 6 biji cili padi + 2 biji buah tomato kisar sekali)
- 1 inci halia ( kisar )
- 1 inci lengkuas ( kisar )
- 2 batang serai ( kisar )
- 2 cm kunyit hidup ( kisar )
- 250 ml santan atau susu cair
- 3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
- 1 batang karot (potong baji)
- 1 biji tomato (belah 4)
- 2 keping asam keping (MaDiHaA tak letak asam keping dah sebab dah guna 2 biji tomato kisar)
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- Air dan minyak
Cara
penyediaan
1. Tumis bahan kisar hingga wangi
dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan asam
keping. Masak hingga ayam kecut.
3. Kacau dan balikkan selalu agar
ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit air
4. Masukkan santan atau susu cair
serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah
sedikit air lagi.
5. Masakklah hingga kuah agak
pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.
Selamat mencuba!
6 comments:
Boleh dicuba ni Madiha.. Nampak Sedap tu ;)
Assalam kak madihaA...dengan pantasnya telah mencuba ayam kalio ni?sedap kan?
wahh menarik !
Waaa.... sedap tuuuu.... nak ckit!
Salam kak madihaa.. adeh, baca pon terasa penat.. tun kalau kenduri kendara nih, mmg hbs kenduri 2-3 hari la lenguh badan walaupon xde la byk sgt kerja yg buat.
ayam kalio ni xpenah buat lagi rasa2nya.. byk sgt resepi ayam smp tun pon dh lupa mana yg dh try. hihi
Assalamualaikum. Sy dh masak ayam kalio ini memang sedap. Sy bg 5 bintang. Pn ada resepi daging masak hitam x. Klu ada pos la. Dlm madiha blogspot. Huhu
Post a Comment