Assalamualaikum & salam sejahtera...
Cerita pasal gulai darat ni... mengingatkan MaDiHaA semasa berkunjung ke Kelantan beberapa tahun lalu. Tak puas rasanya menikmati hidangan yang sedap2 di Kelantan termasuk nasi berlauk, nasi dagang & nasi kerabu.
Gulai darat ni popular kat Kelantan & ia lebih kurang macam gulai nasi berlauk juga. Terima kasih Rabiatun kongsi resepi dari bonda ye.. Kebetulan ada rempah gulai kat rumah.. so memang ngam sangatlah. Ada juga idea nak masak apa dengan ayam tu... hehe..
Minta izin kongsir resepi kat blog akak pula ye Tun..
Gulai Darat Ayam TokMi
recipe by : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong)
3 sdb rempah gulai darat (MaDiHaA guna rempah gulai cap Bunga Ros)
* 4 ulas bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1/2" lengkuas
* 2 hiris halia
2 sdb ketumbar ~ disangai dan ditumbuk halus
3 sdb keresek
2 biji cili hijau ~ dibelah (MaDiHaA tak letak... tapi tambah lobak merah)
1 keping asam keping ~ size kecik sebab taknak kuah masam
1/4 keping nisan
1 +- cawan santan pekat ~ ikut nak pekat ker cair
3 cawan air - ikut nak pekat ker cair
garam
Cara:
1). Kisar bahan bertanda (*) hingga hancur.
2). Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan juga bahan kisar, keresek, ketumbar yang ditumbuk halus, asam keping, nisan dan juga rempah gulai darat. Gaul sebati.
3). Masukkan air sehingga meliputi seluruh ayam (bukan air yang 3 cawan tu). Biarkan ianya mendidih dan ayam empuk. Air ni akan kering sedikit.
4). Masukkan sedikit air dan tengok biar ianya pecah minyak. (boleh juga masukkan sedikit air panas). Didihkan.
5). Masukkan santan pekat dan juga 3 cawan air tadi. Didihkan santan, cili hijau dan tambah garam. Suaikan rasa. Bolehla diangkat.
Selamat mencuba!
5 comments:
Ayam lagi... hehehe....
Ada rempah gulai darat rupanya ye Madihah baru akak tahu.. tengok nampak sedap tu :)
kak, tunjuk sikit mcm mana rempah ros tu
Mana nk cr rempah gulai darat n blh tunjuk x
mna nk cari rempah ros tu area kl
Post a Comment