Baru2 ni MaDiHaA sempatkan diri mengacau sagu untuk dibuat puding sejurus selepas sahur. Terkejar2 juga nak siapkan maklumla nak mandi, solat & bersiap pergi kerja pulak kan. Kukus pun tak sempat tunggu sagu betul2 jadi jernih. Kalut betul! Kalau sesiapa yang nak cuba buat tu.. bolehlah kukus & tunggu sampai sagu betul2 jernih ye. Tapi takdelah terasa sagu mentah pun walaupun nampak putih2 pada sagu tu.. hehe... ayat cover line. Alhamdulillah kalau kuih2 sagu ni anak2 & suami memang suka sangat. Seronok kita yang membuatnya. Sekejapan je habis pemanis mulut yang simple dimple ni. Cara membuat tu sama je macam kita buat kuih sagu bronok. Beza cuma sagu zamrud ni kita hidang dengan susu cair & jagung cream. Yok cuba kelainan! Jom MaDiHaA kongsikan resepinya ye..
Sagu Zamrud Bertatah Jagung
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan
2 cawan sagu halus
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
Pewarna hijau secukupnya
1 tin jagung cream ~ sejukkan di peti sejuk
1 tin susu cair ~ sejukkan di peti sejuk
Cara-cara
1. Panaskan air + pewarna hijau sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
4. Kukus selama 20 minit.
5. Bila kuih sagu dah sejuk bolehlah dipotong kiub2 & susun dalam mangkuk yang sesuai. Tuangkan susu cair & sudukan jagung cream di atasnya & bolehlah dihidangkan untuk berbuka puasa.
Selamat mencuba!
4 comments:
kaaaaaaaaaaaaakkk pes time tgk...cantik plak tu hijau die...mmg sesuai dgn name....lieya nak try le nanti...dah le baru tepikir nak buat sagu gula melaka nie...so leh buat resepi akak....pewarna hijau pun ade rasenyer.....
takde air gula ye kak tp gnti ngn jagung... wahhhhh kene try nih
Dapnya! PH nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada Madihaa sekeluarga.
Lamanya tak datang blog madiha.. semoga sihat sentiasa!!!
Post a Comment