Friday, May 2, 2014

Baki Tempahan April yang lalu..

Assalamualaikum & salam Jumaat...


Hari ni takde resepi ye.. pada yang biasa masuk ke blog MaDiHaA tentu sedia maklum sebab setiap hari Jumaat MaDiHaA akan masukkan gambar2 tempahan kuih muih atau pulut kuning.  Jika tiada tempahan barulah MaDiHaA berkongsi resepi.

Ada beberapa lagi tempahan April lepas yang belum dimasukkan ke blog.  Layan jelah ye walaupun gambar2 tempahan yang sama jer.. hehe... 


Tempahan 500 pcs baby polkadot dari Puan Aida (ingat2 lupa pulak namanya).  Tempahan ni di ambil oleh suami Puan Aida di pejabat MaDiHaA.  Terima kasih ye Puan sudi tempah dengan MaDiHaA.

Ini pula tempahan dari Kak Yaty 8 pek karipap frozen.  Sebelum tu kak Yaty ada juga tempah 50 biji apam polkadot... tapi entah macamana boleh terlupa pulak nak snap gambar.. hehehe.... Terima kasih kak Yaty untuk tempahan ye... Kak Yaty ni regular customer MaDiHaA sejak beberapa tahun lepas kerap order karipap frozen.  Tapi masa handphone MaDiHaA rosak dulu tu... terus terputus hubungan sebab MaDiHaA kehilangan semua nombor2 customer.  Sepatutnya kak Yaty menunggu MaDiHaA siapkan karipap frozen lagi... Tapi bila semua nombor hilang.. maka terputus hubungan.  hinggalah MaDiHaA tutup tempahan karipap... Tapi bila dah buka semula tempahan karipap terus kak Yaty hubungi MaDiHaA semula... Nasib baik kak Yaty tak merajuk... hehehe...

Ok ini order penutup April... tempahan Puan Mai.. 50 biji apam polkadot & 50 biji kuih cara berlauk.  Baby polkadot tu pula... tempahan dari kawan abang Haziq..  Memandai je anak bujang ibu ambil order dari kawannya.. siap ambil terus duit rm10 dari kawannya tu. hehehe... Sebenarnya beberapa hari sebelum tu.. abang Haziq bawakan apam baby polkadot tu untuk belanja kawan2 sekelasnya.  Agaknya kawan dia yang sorang tu rasa tak puas makan & terus beritahu mamanya.  Itu yang terus diberikan RM10 pada Haziq.  Sebelum dapat MaDiHaA siapkan order kawannya tu.. abang Haziq kena demam hampir seminggu.. MC 3 hari.. pegi sekolah sehari.. esoknya demam lagi.. bawa ke hospital pula dapat lagi MC 2 hari.  Bila dia dah sihat barulah dapat bawa apam baby polkadot yang kawannya tempah tu... agaknya mesti kawannya risau sebab dah bagi duit RM10 tiba2 Haziq tak dapat sekolah pulak.. hehehehee... Sebab terlambat siapkan order kawannya tu.. MaDiHaA lebihkan apam tu sedekah kat budak2 kan...

Terima kasih pada semua yang menempah ye.  Jika ada yang terkurang mohon dihalalkan dunia & akhirat.

Thursday, May 1, 2014

Sambal Petai Ikan Bilis

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni santai2 kat rumah sempena hari pekerja... & kepada yang berpuasa sempena bulan Rejab MaDiHaA ucapkan selamat berpuasa yer.. 

Balik kampong baru ni en. suami sempat borong petai dari sepupunya.  Murah2 jer... 100 papan tapi dah dibahagi2 dengan mak & adiknya & sepupu (pengantin baru) yang datang bertamu (sepupu lain)... Maka adalah tinggal beberapa papan yang berjaya di bawa pulang.. hehehe.. Sampai sini pun kami berbahagi juga pada mak sedara kat sini, pengasuh anak2ku juga bos ku yang memang suka makan petai.. hehe...



Oleh kerana sedang 'kaya' petai jadi jangan terkejut tengok kuantiti petai yang MaDiHaA gunakan ye.  Sila kecilkan saiz resepi ikut keperluan sendiri.  Sambal ni pun memang tahan 2, 3 hari untuk mulut kami suami isteri.. hehehe... Saja je tamak haloba masak banyak2 terus sebab terlampau rajin nak masak ulang2 kan... hehe..

Ok jom tengok resepi sambal petai versi kering2 ni...

Sambal Petai Ikan Bilis
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
100 gm ikan bilis yang siap dikopek bersih
13 papan petai ~ diambil isinya sahaja (belah dua)
4 ulas bawang merah ~ dihiris
minyak utk menumis
2 - 3 sudu kecil gula (ikut selera anda)
3/4 sudu kecil garam atau secukup rasa


Bahan kisar
4 biji cili merah
20 biji cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 biji tomato saiz sederhana

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak & goreng ikan blis hingga garing. Angkat & ketepikan dahulu.
2.  Keluarkan sedikit minyak tadi jika terlalu banyak. Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan gula & garam secukup rasa.
3. Masukkan petai yang dihiris gaul sebati. 
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng tadi & gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.

Selamat memasak ya...

Wednesday, April 30, 2014

Sambal Belacan Mangga

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Sekarang ni musim mangga agaknya kan.  Banyak betul mangga sana sini.  Rezeki MaDiHaA baru2 ni bila makcik beri 4 biji mangga yang diambil dari kampong rakannya.  Lupa la pulak kat mana... ada makcik dok sebut... haha.. nampak sangatlah MaDiHaA ni dah tua kan.. banyak benda yang lupa.  Adoiii... Tapi memang dah tua pun... sebab hari ni hari tua kita.. hihihi....

Oklah.. jom tengok resepi Sambal Belacan Mangga yang menyelerakan ni jom...



Sambal Belacan Mangga
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 biji cili merah
6 biji cili padi
2 inci belacan ~ dibakar sekejap
1 biji tomato saiz sederhana
2 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar air masak
gula secukup rasa
garam secukup rasa


Bahan2 hiris
1/2 biji mangga saiz spt dlm gambar..

Cara menyediakan
1. Segala cili & tomato dibersihkan & tos. Patah2kan cili merah & masukkan dalam blender basah. Campurkan dengan cili padi, belacan, tomato yang didadu, jus limau nipis, air serta garam & gula secukup rasa.
2. Kisar sehingga hancur.  Masukkan dalam mangkuk.
3. Mangga dikopek kulitnya & cincang2 dengan pisau di atas isinya. Hiris isi yang dicincang & masukkan dalam sambal yang dikisar tadi. Kuantiti mangga ikut selera masing2 ye.  Kacau sebati & rasa jika perlu tambah apa2 yang kurang silalah tambah sendiri ye.
4. Sedia dihidangkan bersama ulaman yang digemari atau dengan ikan bakar.

Selamat mencuba!

Monday, April 28, 2014

Ayam Kalio yang marbelesss...



Assalamualaikum & salam sejahtera...



Badan masih kepenatan... malam tadi baru je balik dari kampong ada kenduri kahwin sepupu belah suami.  Penat tu bukan sebab kena buat kerja lebih.. tapi sebab tak cukup tidor & penat travel.. hehe.. Jumaat balik kerja berkemas pakaian untuk balik kampong sambil2 tunggu laundry 2 mesin kain baju sebab baru ada air hari tu sementara tunggu en. suami balik dari kerja pukul 12.30 awal pagi. Bila En. suami balik pun sempat lagi cuci baju2 keje dia sebelum kami bertolak pulang ke kampong hampir 2 pagi.  Yelah.. kenalah cuci dulu uniform kerja dia... sementara air ada kan.  Maklumlah sejak2 catuan air ni kerja2 mendobi pun kena ikut jadual air jugak.  Sampai Raub 4 pagi... Mata memang tak boleh nak celik dah rasanya. Itu yang buat badan penat sebab tidor yang tak cukup & perjalanan yang jauh (walaupun takdela jauh sangat..) tapi badan ni memang lemau kalau jalan2 ni... maklumla dah tua.. hehehehhh...  Tapi en. suami lagi la kesian.. langsung tak tidor.. sampai2 je terus tolong sepupu2nya mesin kelapa & lain2 kerja sehinggalah majlis kenduri selesai.  MaDiHaA hanya bantu menghias hidangan pengantin aje.  Yang memasak sepupu yang lain tau.. hehe.. kita cuma ambil bidang hias menghias aje.. Pastu adalah tolong kutip2 pinggan kotor atas meja sebab tetamu datang serbu mengejut kelam kabut juga dibuatnya.  Mujurlah kerahan tenaga dari Geng Baju Merah Salam Generasi sangat2 bersatu hati menyelesaikan tugasan hingga selesai. Itulah untungnya ramai sepupu sepapat yang bersatu hati.
Oklah nak kongsi resepi marbeles ni dengan kawan2.  Adik Alin beberapa kali ambil hati ibu dok puji ibu masak sedap.. hehehe... yolah tu dik.. memang sedap pun.. ada iras2 macam rasa kuah percik.  Memang best.. Terima kasih LiNa Pg berkongsi resepi tempohari ye... sumber asalnya diambil dari Wana Potret Kasih.  Thanks buat kedua2nya.  Jangan marah ye sebab MaDiHaA ada adjust sikit bahan2 lain kes nak perabis buah tomato yg tak berkulit lebihan deko pulut kuning tempohari.

AYAM KALIO
By :
LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih

Bahan-Bahan
  • 400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam saiz kecil )
  • 4-5 ulas bawang merah ( kisar )
  • 3 ulas bawang putih ( kisar )
  • 2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
  • 4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde (MaDiHaA tambah 2 biji je + 6 biji cili padi + 2 biji buah tomato kisar sekali)
  • 1 inci halia ( kisar )
  • 1 inci lengkuas ( kisar )
  • 2 batang serai ( kisar )
  • 2 cm kunyit hidup ( kisar )
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
  • 1 batang karot (potong baji)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 2 keping asam keping (MaDiHaA tak letak asam keping dah sebab dah guna 2 biji tomato kisar)
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • Air dan minyak
Cara penyediaan
1.     Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2.     Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
3.     Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit air
4.     Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
5.     Masakklah hingga kuah agak pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.

Selamat mencuba!

Sunday, April 27, 2014

Taugeh & Tauhu Kacau Goreng

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari minggu dengan resepi sayor yang sempoi.  Sayur taugeh ni memang kegemaranku.  Kalau goreng bihun atau mee memang suka letak taugeh banyak2 (jika kebetulan ke kedai ler.. kalau takde taugeh letak je hirisan kobis).  Bermusuh plak dengan anak2 sebab tak suka taugeh.. hahaha.. nasiblah.  Memang ibu sengaja campur banyak nak suruh kamu semua makan.  Haziq & kakak Dini redho je terpaksa makan.. tapi adik Alin masih berusaha untuk kutip taugeh2 tu & letak tepi sebelum makan... hehe...



Ok dah jom takyah nak banyak bebel... nak letak resepi sayur taugeh je pun... hehe.. Taugeh ni sebenarnya gu dengan gulai ketam hari tu... tempek jelah resepi buat meriahkan blog di hari minggu...

Taugeh & Tauhu Kacau Goreng

Bahan2
1 mangkuk sederhana taugeh (60 sen) ~ buang kepala hitamnya & akarnya (kalau rajin ler.. MaDiHaA malas buang akar tu... kontot2 je tak kuasa)
5 ~ 6 pokok sayur kuchai (bukan 5 ~ 6 helai tau) ~ potong 1 inci
2 keping tauhu ~ goreng & hiris
1 biji cili merah ~ hiris
1/2 kiub bilis
sedikit garam (kiub bilis dah masin)
Minyak secukupnya
Sedikit air dlm 1/3 cawan
 
Bahan tumis
2 ulas bawang putih ~ ketuk & cincang / dihiris
3 ulas bawang merah ~ hiris

Caranya
1. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumis hingga layu.  Masukkan cili merah & kiub bilis kacau rata.
2. Masukkan taugeh, kuchai & tauhu goreng serta sedikit garam lalu kacau rata.  Agak2 sebelum taugeh layu dah boleh angkat.

Selamat memasak untuk famili.....

Friday, April 25, 2014

Pulut Kuning Hantaran *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Jumaat kembali lagi.. Alhamdulillah aku bersyukur kepada mu ya Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi MU ini ya Allah...



Pagi Jumaat yang mulia ini seperti biasa MaDiHaA kongsikan dahulu tempahan baru2 ni ye.  Tempahan Pulut Kuning Berhias untuk hantaran yang ditempah oleh Lala dari Kajang.  Sanggup mak & abang Lala datang jauh2 ambil pulut kuning ni.  Awal pagi dah sampai.. ye lah.. banyak lagi perkara yang perlu diuruskan di rumah untuk majlis pertunangan tu kan.  MaDiHaA sedia maklum dan memang MaDiHaA akan siapkan sebelum customer datang.  Terima kasih tak terhingga di atas kesudian puan (ibu Lala) yang sudi menempah pulut kuning ni dengan MaDiHaA.  Jika ada yang terkurang mohon dihalalkan dunia & akhirat ye.



Lala inginkan deko yang sama seperti deko yang pernah MaDiHaA buat terdahulu.  Senanglah MaDiHaA tak payah pening2 fikir nak deko macamana bila dah ada contoh diberikan.. hehe... Cuma macam biasalah setiap kali mendeko pasti ada sikit kelainan bergantung pada bahan yang ada pada hari tu.. 


Pada yang teringin nak menempah bolehlah hubungi MaDiHaA di talian yang tertera di sebelah kanan tu ye.

Terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...