Tuesday, March 23, 2010

Tempahan Nasi Dagang Trengganu



Hari Sabtu yang lalu 13hb Mac aku dapat tempahan untuk memasak nasi dagang untuk 30 orang. Tempahan dibuat oleh kak Faridah yang tinggal tak jauh dari rumah makcik ku. Oleh kerana makcik ku ada hal lain.. maka makcik aku mintak aku yang tolong masakkan. Belum pernah lg aku masak nasi untuk tempahan.. tapi aku dah selalu masak nasi dagang ni untuk jamuan atau makan2 kat rumah sendiri.. so.. cubalah juga terima walaupun hati agak takut juga pada mulanya memandangkan kak Faridah begitu berharap sebab nak buat majlis ulang tahun bondanya yang ke 90 tahun. Katanya bondanya terlalu gemarkan nasi dagang.. jadi taknak hampakan harapan orang tua.. buatlah juga. Alhamdulillah dpt feedback yg sangat bagus.. syukurrr...


Inilah nasi dagang yang ditempah. Sepatutnya untuk 30 orang makan hanya perlu masak 4 kg beras. Tapi oleh kerana tekak sendiri pun nak mkn juga.. aku masak 5.5 kg. Boleh bagi Sujah merasa sekali.

Disebabkan belum ada resepi nasi dagang dlm blog aku.. aku masukkanlah sekali resepinya untuk rujukan anak2 kelak. Tetapi resepi ni bukanlah sukatan yang aku masak untuk tempahan ni ye.. ni sukatan yg tak berapa byk sgt.. untuk makan2 2 atau 3 family kecil boleh lah kot.



NASI DAGANG TRENGGANU
Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi.. sebab masa buat tu MaDiHa tak ukur pun santannya)
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)
700 ~ 800 ml air biasa utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. MaDiHa agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba

Cara Menyediakan
1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

Note: Santan tadi boleh juga dimasakkan sebentar diatas api sederhana sebelum diarong dengan nasi. Kaedah ini untuk membuatkan nasi dagang lebih tahan lama.. tapi jika tidak masak pun.. memadai perahkan santan guna air masak.. insyaAllah nasi dagang boleh bertahan dari pagi hingga ke malam.



Lazimnya di pantai timur.. nasi dagang digandingkan dengan gulai ikan tongkol. Elok pilih ikan tongkol hitam (yg siripnya lebih panjang berbanding tongkol putih) kerana isinya lebih lembut & sedap. Ikan tongkol putih tak berapa sedap sebab isinya keras. Jika tak suka ikan tongkol boleh juga digantikan dengan ayam. Tapi macam tak berapa sesuai ler gitu.. Gulai nasi dagang adalah berlainan dengan gulai kari. Rasanya sangat unik. Makan dengan nasi putih pun sedap. Ini resepi dari bonda ku tersayang ku abadikan di sini.


GULAI NASI DAGANG (kuantitinya dianggarkan cukup utk nasi dagang diatas )
Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 2 sudu kecil garam dan 5 keping asam gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
5 biji cili hijau
10 biji cili api
5 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar (ditumbuk halus kemudian dikisar)
1/2 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus kemudian dikisar)
8 ulas bawang merah (dikisar)
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2) (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar
3 hiris @ 2 cm halia (dikisar)
1 1/2 inci lengkuas (dikisar)
15 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)

Cara Menyediakan
1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja. (tak usah bimbang santan membuak atau berketul2… biarkan saja)
2. Masukkan ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)
3. Masukkan gula melaka, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2), kulit kayu manis dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan bolehlah di angkat.


Ini acar timun sebagai pelengkap... kalau takde acar timun ni.. tak lengkaplah set nasi dagang..



Acar Timun
Bahan2 agak2 lah sendiri yer..
Timun
Lobak merah
bawang besar
cili merah
cuka
gula & garam

Cara2
Hiris memanjang timun (buangkan empulurnya) dan lobak merah. Cuci bersih.
Mayang bawang besar & hiris cili merah. Gaulkan timun, lobak merah, bawang besar, cili dengan semua bahan2 lain. Adjust sendiri rasa acar ikut selera masing2.

5 comments:

Maymel said...

Salam akak...
Akak ambilke untuk tempahan?Area PJ kan?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MAYMEL: MAAF DIK.. BUAT MASA NI AKAK TAK DPT NAK AMBIL TEMPAHAN NASI DAGANG SBB AKAK TAKDE PERALATAN /BEKAS YG SESUAI UTK ISI NASI & GULAINYA. AKAK BUAT TEMPAHAN NI PUN PINJAM BEKAS & PERIUK BESAR MAKCIK.. LGPUN TEMPAHAN DARI KAWAN MAKCIK.. TQ SUDI BERTANYA

Azmi said...

kalau di Johor Bahru . boleg try dengan cik maimon dari pasir gudang. Nasi dagang cik maimon memang tersohor. try kontek anaknya, kalau nak rasa. Cik Liza, 0197652003

Mamala1164 said...

Jual macamana tu harga nya berapa

Unknown said...

Assalamualaikum...mf bertnya,klu 4kilo beras...sukatan bras beras wangi dn beras pulut ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...