Pagi sarapan Kek Pisang Bercoklat... apakata petang ni layan Kuih Bakar atau Bingka Pandan yang sedap ni untuk minum petang.... Cukup terasa lemaknya, manisnya & wangi daun pandan... memang syiokk!
Dipersilakan bagi sapa2 yang nak mencuba ye... insyaAllah sedap...
yang sebenarnya.. kuih ni dah lama dah MaDiHaA buat... kira aci la eh pos gambar lama.. hehe.. yang penting ianya hasil dari tangan sendiri bukan gambar curi kan kan kan?
Bingka Pandan / Kuih Bakar
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
10 helai daun pandan ~ hiris halus & blend dengan 1 cawan air ~ perah ambil pati jadikan 1 cawan
3 cawan santan (jumlah cecair iaitu santan & jus pandan = 4 cawan)
4 - 5 biji telur gred A (kalau telur kecik.. buh 6 biji)
1 3/4 cawan gula
3 cawan tepung gandum
secubit garam
Bijan ~ disangai (ku tak bubuh)
Cara
1. Masukkan telur, gula & garam dalam satu bekas & kacau guna whisker hingga rata...
2. Terus masukkan santan & jus pandan dan kacau lagi hingga gula larut.
3. Masukkan tepung gandum secawan demi secawan dan kacau hingga rata.
4. Panaskan oven 175 - 180C & lengserkan keseluruhan dalaman acuan berlubang dengan 3 sudu besar minyak masak. (boleh juga guna acuan lain... tp masa membakar agak2lah yer..
5. Tapis adunan ke dalam bekas lain dan tuangkan ke dalam acuan.
6. Bakar guna api bawah selama 30 minit kemudian keluarkan kuih dan tabur bijan dan sambung bakar lagi dengan api atas & bawah selama 35 - 40 minit lagi atau sehingga masak.
7. Sejukkan terlebih dulu sebelum memotong.
8 comments:
Saya suka kuih bakar nie... kalau makan xnmpk mak mentua lalu belakang..hihi
as-salam
rajinnya buat kuih bakar pandan..nak 4 potong nak buat minum petang ni..
Salam Kak Ratna cayang...
Rajin banget buat kuih bingka....lemak manis tu...wangiii...suke banget.
sedapnya bingka ni, mesti lemak2 gitu kan, lama pun tkpe bukan basi pun gambar kan kan..
eh eh eh...macam berjanji pulak kita kan, up kuih bingka... :-)
wawawaaaaahhh... saya suka sangat bingka2 ni..
saya pun suka..i like..x jemu makan..
Saya sangat suka makan kuih bakar, fevret!
Post a Comment