Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bila anak2 semua berkumpul kat rumah.. barulah ada kerajinan untuk mencuba pelbagai resepi kuih muih yang dah lama terpendam untuk dibuat. Yelah, walaupun yang tinggal kat asrama hanya seorang anak, hati tetap rasa sedih dapat makan sedap2, sedangkan sorang anak tak dapat nak merasa. Lagipun.. takdelah ibu ni menambah lemak sorang2... kongsi2lah tambah lemak sama2... hahaha...
Buat brownies ni... sekejap je nak habis seloyang. Masa panas2 angkat dari periuk kukusan, dah ada permintaan nak rasa yang suam2. Sapa kah dia? Siapa lagi.. en. suami la... dia memang suka makan yang panas2... bila dah sejuk dia dah tak berapa nak layan. Bila dah potong wajiblah yang lain2 pun merasa.... ok... setengah loyang habis malam tu jugak. Berbaloi buat sebab semua suka. Peminat2 cheese tentu tau betapa enaknya dapat menikmati sepotong kek/brownies cheese yang digandingkan pula dengan coklat.. hmmm... kecur air liur dok teringat kesedapannya....
Ada yang terliur? Jomlah cuba... resepi MaDiHaA kongsikan kat bawah ni ye. Terima kasih pada empunya asal resepi. Terima kasih juga pada Rohah yang kongsi resepi di blog.
Brownies Cheese Kukus
Resepi : Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Sumber : Rohah
Brownies:
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor
Sedikit vanilla
Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Cara
Satukan
bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.Kisar perlahan-lahan hingga
sebati.Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.Masukkan
ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas
minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.[simpan sedikit sahaja
adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti].Bila brownies dah
masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla
Cara
Pukul cream
chese hingga gebu.Masukkan gula dan pukul hingga sebati.Masukkan pula telur dan
vanila.Pukul lagi hingga rata.Tuang ke atas brownies yang dah siap
dikukus.Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.Lorekkan
dengan hujung pisau atau lidi.Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api
sederhana hingga masak.Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
Selamat mencuba!
6 comments:
brownies ni tgh viral skrang kan kak....brownies kedut laaa...brownies red velvet laaa..... lieya ni kat umah kurang sikit kak jenis gini...tapi kalo kek choc moist mmg laju laaaaa....
Sama macam saya juga Madihah... Farid selalu cakap, Mommy selalu masak sedap2 tapi dia tak dapat makan, iyalah dah namanya duduk jauh memanglah dah tak boleh nak makan sama. Sedih dengar....
cam kena try je ni...
Sedapnya.. Lama betul tak mkn brownies cheese ni
Sedapnyaaa..bila la angin rajin nak mai...blh masak kek ni... :)
Keliatannya sangat enak sekali , jadi tidak sabar untuk menyobanya !!
Pantangan Makanan Penderita Penyakit Tuberkulosis
Pantangan Makanan Penderita Penyakit Liver
Pantangan Makanan Penderita Penyakit Perut Kembung
Post a Comment