Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, June 22, 2011

Talam Sagu

Salam petang buat semua.....
Ok.. kali ni menu minum petang pulak yer.... 


Kawan2 ramai yang dah buat Talam Sagu ni kan... aku jer yang selalu ketinggalan keretapi... nak buat macamana.. naik lak keretapi yang guna arangbatu tu.. kalau keretapi letrik tu mungkinlah laju jugak.. hahaha..  lawak jer tu.. Kuih2 bersagu ni memang sedap dimakan kalau ada lemak2 dia.. lemak yang datang dari talam ni dah tentulah dari santannya..  atas bawah ada santan kauuu.. mau tak sedapp!? kalau kuih Bronok tu lemaknya datang dari kelapa parut tu.. Apa2pun..memang sedap sangat kuih ni tau.. Kuih2 bersagu ni kalau MaDihaA lebih suka & lebih sedap makan kalau sejuk2 keluar dari petiais tu... sejuk jer bila menelan... hehe..

Jom cuba buat Talam Sagu ni.. sapa2 yang suka kuih2 bersagu harus cuba resepi ni.. Terima kasih pada Kak Anymz yang mula2 menayang kuih ni. Resepi yang di ambil dari buku kompilasi kueh talam selenggaraan noorshawati che Razali dari abad 21... tapi menurut kak Anymz.. resepi ni dah diubai suai sikit oleh beliau.  Resepi ni pulak aku ambil dari Mas.. Thanks utk kedua2nya.. mintak halal nak tepek resepi kat sini pulak ye.. Boleh gak tengok versi IzahDaut & juga versi Azlita yang lagi cun-melecun sebab Ita buat lapis- lapis lagi tau..


Talam Sagu
Resepi  : Kak Anymz
Sumber : Mas

Bahan :
Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :

    * 2 cawan santan cair
    * 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
    * 1/2 - 1 cawan gula pasir (MaDiHaA letak ¾ cawan)
    * garam secukup rasa
    * pewarna merah secukupnya

Cara membuatnya :

   1.       Sapu acuan dengan minyak dahulu.
   2.       Gaulkan semua bahan hingga sebati. (Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan. MaDihaA pun ikut cara Mas)
   3.       Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min.
   4.       Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
   5.       Letak adunan lapisan atas.

Bahan untuk lapisan atas :

    * 3 cawan santan pekat
    * 1 cawan tepung beras
    * 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

   1. Gaul semua bahan supaya rata.
   2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
   3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
   4. Kukus lagi selama 20 minit.  
   5. Tunggu sehingga kuih sejuk sebelum dipotong.


Selamat mencuba!

10 comments:

izahdaut said...

nak sepotong kak..sedap ni... hari tu buat nak potong kanmain susah lagi kuih ni. hihi

jemarioren said...

kuih tak heran. nak hok kaler pink tuh..posa nih...argghh...

anymz said...

sedap kan diha..akak pun teringin jugak nak buat lagi..terima kaseh sudi mencuba..lambat pun lambat lah diha janji sampai tepat pd waktu nya kan?

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer madiha kuih talam sagu ni...fiza suka sagu x kira la masak apa pun...selalu juga beli kuih sagu yg dibalut dgn kelapa parut tu...fiza punya peberet la tu....tgk pulak talam sagu ni jadi x tahan la...=)

noorsafone said...

talam sagu dgn air bandung...aww...malatop..tak tahan pose ni

Shereen said...

Hi Madihaa,
Thank you so much for taking the trouble and time to answer my questions.I really appreciate it.Yalah..I think I have to try cari pisang yang sesuai sebab satu malam I dok fikir that the pisang montel tu tak sesuai la sebab dia kan besar gedabak.Nanti I pergi cari at all the asian shops kat sini.Bila I dah buat,nanti I hantar laporan kat you.Your pisang goreng batter recipe tu I dah agih-agihkan kat my sisters kat Malaysia and siap hantar kat Bahrain lagi for my saudara to try.Tak lama lagi,adalah tauke-tauke baru pisang goreng...rugi you tak trademark kan your recipe tu...ahaks!Thank you so much again,madihaa.Anyway,I dah try buat kuih you ni but buat yang bawah aje...sebab santan tarak stok and I malas nak keluar sejuk-sejuk ni and hujan pulak tu!!

ady said...

as-salam

tengok je dah berselera kuih talam tu....mesti sedap!!

Juwita Jamaludin said...

Salam kak.. Sdapnya nampak lama masuk list tp sagunya yg xde... Kena cari dulu kat sini.. Yum yum warna merahnya mengancam

Cendana Kasih said...

inilah kuih yang masih takde kesempatan nak buat.. takpelah, kasi akak rasa sepotong yer..

cikmanggis said...

talam sagu ni dah menjalar di marata rata blog tapi belum sampai lagi ke dapur makcikmanggis hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com