Monday, June 13, 2011

Bronok atau Kuih Sagu

Assalamualaikum...

Sementara ada masa ni.. update sikit apa yang sempat ku masak masa balik kampong MIL tempohari..


Rasanya.. dah lama sangat tertunda2 hajat nak buat Kuih Sagu atau kalau kat Terengganu kami panggil Bronok!  Kuih ni memang sedap walaupun bahan2nya sangat ringkas... Tapi tulah.. kalau dah ada vitamin M.. kuih mudah pun asyik tertunda2 aje nak buat.. Tapi disebabkan kami bercuti lama kat kampung MIL baru2 ni... aku pun apalagi.. angkut ler beberapa bahan2 kuih sekali ke kampung.. bila ada kesempatan.. dapatlah ku godek2 kuih sebagai hidangan minum petang kat kampung baru2 ni..

Oklah.. kebiasaannya.. aku buat bronok ni hanya dengan cara mengacau dalam kuali sehingga masak atau sehingga kesemua biji2 sagu menjadi jernih.. Memang agak lama kena kacau dalam kuali tu.. cuma.. tips dari ma aku kat kampung.. kalau nak bagi sagu cepat jernih.. jangan dicampurkan gula sehingga sagu betul2 dah masak.. Tapi kali ni.. aku buat ikut resepi Mama Kastam Tioman@My Resepi.  Caranya lebih mudah & tak memenatkan sebab tak perlu kacau lama2 atas kuali sebab selepas dikacau sebentar.. kuih ni disambung kukus pula sehingga sagu jernih.. Mudah sungguh!  Bukan setakat mudah aje.. kuih sagu ni pun jadi cantik aje rata dalam loyang.  Terima kasih Mama Kastam Tioman berkongsi cara2 mudah utk buat kuih ni.. lain kali bolehlah buat lagi.. sebab suami memang suka kuih ni.. lebih2 kalau bulan puasa..

Mintak izin yer Mama Kastam Tioman.. MaDiHaA nak kongsikan pula resepi Bronok ni kat sini..


Bronok / Kuih Sagu
Resepi : Mama Kastam Tioman

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )

    * 1 gelas sagu biji kecil (MaDiHaA guna sagu yang dah siap diwarnakan hijau)
    * 3 gelas air
    * 3/4 gelas gula pasir
    * Sedikit pewarna merah (MaDiHaA guna pewarna hijau sikit je)
    * 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
    * 1 sudu kecil garam
    * 1 sudu teh esen rose (tak letak)

Cara-cara

1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.  

Sedap sungguh.. apalagi dapat makan dengan kelapa parut yang agak muda macam ni... yelah.. kat kampong bolehla dapat kelapa muda.. kalau kat bandar ni.. kelapa tua jelah yg ada kat kedai..

Selamat Mencuba!

16 comments:

Wanieyra said...

Sedapnya....

noorsafone said...

sedap nampak kuih sagu tu...mama tak pernah cuba lagi...

ijayuji said...

Salam kak! kuih fev kita kitanyer fev sepanjang hari2 hihihi mkn hari2 pun tak jemu sbb sedap! :D suke kuih2 yg ada sagu nii :D

hazila said...

Antara kuih yang selalu ada masa bulan puasa.

siti mariam said...

salam kak madiha..Alhamdulillah dah sihat,skrg nih tgh nak start semula main masak2..hehhe..Alhamdulillah S kecik sihat..:)
kuih sagu ni anak2 mariam suka kalu buat kejap je licin..:)

Sizuka said...

my favourite kuih! suka makan tapi malas nak buat. err.. mintak sepinggan ye :D

nOOrsha said...

kuih ni kawan2 sy panggil kuih gedik2... sedap ni kak madihaa....:)

jemarioren said...

saya pun panggil bronok, wpun bukan orang tganu pun.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Waniera: mmg best... hehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Norsafone: mmg sedap mama.. mama cubalah cara mama kastam tioman ni.. mmg senang sgt2..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ijayuji: akak pun sama suka ngan kuih sagu2 gini... tp tu ler.. salu jer projek tergendala.. heheh.. bukan apa.. kdg tu sbb taknak bazirkan bhn2 lain yg ada yg cepat rosak.. sagu tu boleh smpan lama.. hehe.. sebab tu projek satu salu tergendala.. kihkihkih..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Hazila: a'ah mmg betul tu.. kalau bulan puasa mmg selalu hubby sy beli kuih ni.. maklumlah.. hari berkerja mmg tak sempat nak buat kuih..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Siti Mariam: alhamdulillah.. kejap je kan.. hehe. kalau org rasa kejap je abis pantang.. kalau sendiri bukan main lama.. hahaha.. ok lepas ni rajin2 bereksperimen ye..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Sizuka: samalah kita.. akak pun suka kuih ni.. tp malas betul nak buat. tpkan.. bila buat cara mama kastam ni terus rasa mcm alahaiii... senangnya nak buat kuih ni.. hahaha.. lepas ni mmg boleh buat lagi & lagi cara gini.. mudah sesangat... trylah buat sekali shidah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nOOrsha: ohh iyer? kuih gedik2 yr... lom pernah dgr lagi nama ni.. hehe.. yelah kan kuih ni kan kalau kita goyang2 bukan main gedik lagi dia.. hehehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Jemarioren: betul tu.. mmg dah ramai yg gunakan nama bronok utk kuih ni... akak pertama kali dengar nama kuih ni masa arwah tok (nenek) akak dok sebut dulu2.. masa zaman akak sekolah rendah tu.. tu yg akak rasa mcm may be nama bronok ni org Terengganu je kot yg sebut.. hehe.. coz masa akak dtg KL.. biasa dgr org sini panggil kuih sagu... tp tak kisahlah kan.. yg penting kuih ni mmg sedapp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...