Salam Israk & Mikraj... 3 buah negeri yang bercuti hari ni kan... selamat bercuti utk negeri Kedah, Negeri Sembilan & Perlis... Kami di Selangor ni kerja macam biasa... cuma sekolah agama anak dara ku aje istihar cuti hari ni.. so hari ni kakak Dini cuma pegi sekolah kebangsaan aje.. & katanya petang ni nak pegi ke Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dengan rakan2nya.... oklah tu dari buang masa dok ngadap astro kat rumah transit baik dia pegi baca buku kat sana... boleh pinjam buku sekali... ada gak faedahnya..
Oklah.. disebabkan dah lewat sangat baru sempat update blog... terus update pencuci mulut yang amat-amat sedap ni... wahhh.. betul kata Kak Nor.. puding ni sememangnya sedapp!! Terima kasih pada AlongRoz@homekreation berkongsi resepi yang best ni & terima kasih jugak Kak Nor@ Secubit Garam yang terlebih dulu mencuba & mewar2kan kepada kami semua...
Anak2 semua suka puding ni... si kecik ku Alin pun angkut makan puding ni lepas satu satu... sekali hadap boleh habis 3 ketul.. wahhh.. terer betul anak ibu makan yer... sedap sangatlah tu... kakak Dini siap suruh buat lagi.. hehe.. insyaAllah nanti mesti ibu nak buat lagi sebab ibu sendiri pun tak puas makan aritu.. buat puding ni 1 adunan terus. Dapat banyak jugak.. sebahagian dimakan kat rumah pastu lebihnya.. separuh dibawa ke rumah makcik masa aku masak makaroni goreng pedas berempah tu.. & lebihnya tu simpan dalam peti sejuk sebab kebetulan malam tu mak & adik2 nak datang rumah..
Ok pada Alongroz.. MaDiHaA mintak izin ye letak resepi kat sini. Terima kasih banyak2 untuk resepi yang best ni.. Tapi mintak maaf sebab ada ejas bahan2 sikit sebab nak kurangkan manis & lagi satu.. MaDiHaA gantikan serbuk agar2 dengan agar-agar tali sebab kat rumah cuma ada agar2 tu aje... harap tak marah ye..
Puding Keju
Resipi : AlongRoz@homekreation
Sumber : Kak Nor @Secubit Garam
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar (MaDiHaA guna 15g agar-agar tali)
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur (MaDiHaA letak 2 biji gred A.. itu je yg tinggal)
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat (MaDiHaA letak 100 gm aje)
50g Mentega
CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang) (MaDiHaA kisar bahan ikut cara Kak Nor)
Selamat mencuba!
15 comments:
sedap!! mmg x puas makan nii..
Salam kak madiha!!! sedapppp!!! dan sedapppp!! mcm2 bentuk jeles kita tau! acu puding kita itu jerr lah yg satu tak de yg lain hihihi...
ratna, cun seh lap2 puding tu.. sedap kan.. tak rugi k.nor uar2kan.. mekasih kat along share resipi puding yg sangat sedap ni kan..
Uish, mcm shapes ada!!! Cantiknya pudingggg :)
Nak tapau kak :)
lembut jer nampak puding keju tu...ni kalau makan sejuk2 ni mmg sedap nih...kena pulak cuaca yg panas...mmg sodap lah....=)
tgk pun dh rasa sedap la kak... bile lah dana nk rajin msk mcm2 ni kak
sedap tak? emmm macam best laaa
puding yang terbaik..
sedappkan kak...
terliur lagi tengok puding akak tu..
Simpan sat resepi ni yea. Tungguuuu
Assalamualaikum akak...
cantiknya puding tu akak... suka tgk puding2 nie... makan pun diana suka tapii nak buatnya mmg lambat ckit.. heeheee... kalau ler berjiran ngan akak kan best... ^_^
sedap ni mkn dlm keadaan cuaca skrg, bahan2 pun ada cuma biskut tu nak kena tukar lain kot, takde biskut dlm rmh ni sb takde peminatnya....boleh kan?
Salam, k Madiha...
sedappp tgk puding akak tu... siap macam2 shape ader tu :)
Salam Madiha. Lambat nya cikgu datang...hehe... kebizian 2-3 ari ni. Maceh sudi cuba & happy sebab semua suka. Cantik nya acuan....
wahhh cam sedappp jeee
i luv cheese so much..mkn time sejuk2 ni best la....
Post a Comment