Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, June 30, 2011

Nasi Lemak dengan Sambal Tumis Tempoyak

Assalamualaikum...

Bersua lagi... syukur masih dipanjangkan usia & masih dapat bernafas dibumi Allah ini...

Hari ni sebenarnya agak geram jugak sebab nak update blog dari pagi hingga ke petang asyik jer keluar Bad request Error 400.  Ehh.. kenapa jadi gitu yekk? Mula2 tengok kawan2 yang lain okey je pulak mengupdate blog pagi tadi.. yang aku ni terkial2 nak mengupdate.. bukan saja tak dapat update.. nak komen kat blog kawan2 pun tak boleh.  Kat blog sendiri apatah lagi… Cuma kat shoutbox je boleh komen.. Grrrrrr…. Last2 masuk FB mengadu ngan kawan2 kat sana… yelah.. nak ngadu kat blog tak boleh tinggalkan komen last2 melepak kat FB jer petang tadi... Hehehe.. rupa2nya.. ada jugak kawan2 yang mengalami nasib yang sama ngan aku.. blogger problem atau Mozilla problem pun tak taulah.. Sekarang ni try masuk guna Google Chrome okaylah pulak… cepat2 update dulu.. hehe..

Dah petang baru dpt update.. sepatutnya nasi lemak ni nak update pagi td.. nasiblah ye.. tayang nasi lemak petang2.. hehe..





Okeylah hari ni layan menu kemelayuan pula yer... Siapa akan menolak jika dihidangkan dengan nasi lemak ni yer.. hmmm.. rasanya.. agak sukar nak menolak kalau dah terhidang di depan mata... betul tak?

Jika kebiasaan nasi lemak dihidang dengan sambal tumis yang berwarna merah tu... apa kata anda cuba pula makan nasi lemak dengan Sambal Tumis Tempoyak ni... memang sedap tau!! Ini sebenarnya.. permintaan encik suami... dia kan kurang suka sikit masakan yg guna cili kering ni... makan tu makanlah.. tapi kalau dapat masakan yang guna cili padi lagi dia suka... Jadi.. disebabkan permintaan dari big boss begitu.. kita pun masakkan ajelah.. lagipun.. sendiri pun memang gemor jugak sambal tumis tempoyak ni.. hihihi.. sebab tu tak banyak soal jawap..


Jom tengok resepinya yer...




Sambal Tumis Tempoyak
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2
segengam ikan bilis dibersihkan
1 biji bawang besar ~ dimayang
Garam secukup rasa
Gula secukupnya (jika guna tempoyak yg lama/masam)
Minyak masak secukupnya


Bahan2 ditumbuk
20 biji cili padi (ikut pedas masing2)
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar tempoyak (seeloknya tempoyak yg baru ~ yang tak masam)
1 cawan air (untuk bancuh ramuan tumbuk tadi)


Cara2 Membuatnya
1. Tumbuk cili padi & kunyit hidup hingga lumat kemudian campurkan tempoyak. Bancuh dengan 1 cawan air hingga menjadi pes yg pekat.
2. Panaskan minyak dlm 1 cawan. Goreng ikan bilis hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula bawang besar hingga layu kemudian angkat & ketepikan.
4. Gunakan minyak yg sama (boleh kurangkan sikit kalau rasa byk sangat).. tumiskan bahan2 tumbuk/pes tadi hingga masak.
5. Masukkan 1 cawan air / lebih jika perlu (jika suka sambal cair). Biarkan mendidih.  Masukkan bwg & ikan bilis dan masak lagi.
6. Perasakan dengan garam, perasa & gula (jika perlu).
7. Jika terlalu pekat boleh tambah air lagi.. rasakan biar secukup rasa. angkat & bolehlah dihidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih panas2.


Selamat mencuba!

7 comments:

neeza said...

Madihaa: amboi sdapnye nasi lemak ni. Ade tempoyak lak tu. Lapar la neeza jadinye

samsulaili said...

sibbaik akak bagitau difb.Su guna google crome macam akak juga..baru ok.Sedapnyalah nasi lemak tapi tahan..tahan sebab tengah proses diet ni.baru 2 minggu tak sentuh nasi..he..he..harap2 akan berjaya menurunkan 10 kg..fuyyyooo banyak tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer kak ratna..mkn panas2 lak tu..nyum2

joe-kar-nine said...

sambal tumis tempoyak tu,alang alang campur petai lagi best kot...nak cuba lah..hahahaaa

Mas said...

sedapnya menu dlm rumah ni, lg2 sambal tempoyak tu... :)))

Ida,Japan said...

ida pun mcm tu jugak...asyik kuar bad error 400 tu..last2 ida tutup jer computer tadi...wahhh, tak tahan ngan sambal tumis tempoyak akak ni...mesti sedap ni..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
nmpk sedap ler sambal tu akak... diana nie belum perna lg merasa tempoyak.. ( jakun nya diana kan.. huhuuu ).. yer ler nak buat mmg x reti... makan pun x perna lg... tp tgk gambar kat atas tu mmg sedaaap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...