Wednesday, June 15, 2011

Asam Pedas Hijau Ikan Pari

Assalamualaikum.... good morning semua....


Hari ni.. nak pos satu lagi resepi yang baru je Kak Ummi Zaihadi dok tayang baru2 ni.  Masa tengok kak Ummi letak entry lauk ni... terus rasa nak mencuba sebab  dok teringat abang baru je beli ikan pari malam sebelumnya & lagipun semua bahan2 lain memang dah ada kat dalam esbox  termasuklah bunga kantan & daun kesum yang di bawa balik dari kampong tempohari... a'ah yer.... daun kesum aku terlupa nak letak dalam dulang masa ambik gambor aritu... sebab daun kesum tu aku dah balut dalam kertas suratkhabar & terus masuk dlm petisejuk taknak bagi dia layu atau kering.. tu pasal yg lupa tu... 

Ok bercerita pasal resepi Kak Ummi kali ni... alhamdulillah.. memang kena dengan tekak kami semua.  Dari segi rasa.. takde banyak perbezaan dengan asam pedas yang biasa.  Beza sikit mungkin sebab asam pedas ni tak letak belacan & serai.  En. abang takde komplen pun walaupun kuah lauk ni warna hijau.. hehehe.. biasa kalau aku dok kerap masak asam pedas warna merah tu... adalah jugak dia merungut.. hehehe.. dia memang kurang sikit kalau lauk pauk guna cili kering... sebab dia dah terbiasa dengan masakan maknya  yang selalu gunakan cili padi... jadi asam pedas hijau ni.. agaknya kena sangatlah dengan selera dia.. hehe..

Ok.. jom tengok resepi kak Ummi yang sedap ni... !! Thanks kak Ummi coz rajin mencipta resepi & berkongsi dengan kami semua... saya panjang2kan kat sini pulak resepi ni mana tau ada yang nak mencuba pulak lepas ni..

Asam Pedas Hijau Ikan Pari
Bahan:-

    * 1 ekor ikan besar (kerat 3) (MaDiHaA guna isi ikan pari)
    * 1/4 cawan air asam jawa (guna 1 sudu besar asam jawa biji)
    * 3 cawan air
    * 1/2 biji timun - belah dua dan buang bhg tengah (MaDiHaA letak sebiji terus & tak buang biji.. sayang! hehe)
    * 2 kuntum bunga kantan - belah dua
    * secekak daun kesum
    * garam dan gula secukup rasa
    * sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-

    * 8 tangkai cili padi hijau/cili thai hijau
    * 2 tangkai cili besar hijau
    * 1/2 labu bawang besar
    * 4 biji bawang merah
    * 2 ulas bawang putih
    * 2 biji buah keras
    * 2 cm kunyit hidup muda (jgn guna yg kuning tua tu, nnt jadi kuning pulak kuahnya)

Cara-Cara:-

   1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sederhana.
   2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biar mendidih.
   3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biar sebentar.
   4. Masukkan ikan dan timun, diikuti dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
   5. Reneh kuah hingga semuanya cukup masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba!

18 comments:

Anna Qawina said...

nak buatla..hehe..ada ikn pari & kesum tp timun takde lak..nak tukar ngan apa ek kak?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Anna Qawina: boleh je tukar dengan bendi atau terung.. hehe..

cik cek said...

Salam madiha....

lum penah try lagi buat asam pedas kaler hijau ni...nampak sedap la pulak...tambah lagi satu idea nak masak2...he he kekdg tu pening hari2 pikir nak masak ape...tq...kongsi2 resepi....

TopsyTurvyMum said...

Salam Madiha,
Wah menarik ni belum pernah jumpa lagi..
nanti ada ikan nak try jugak:)

KSWSK said...

oooo..just tuka cili kering ngan cili ijau..faham..faham

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Cik Cek: samalah saya kak.. ni tiru2 hasil karya kak Ummi yang tak pernah kering idea tu.. memang bolehlah di masak lagi untuk mempelbagaikan hidangan utk keluarga...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TopsyTurvyMum: Salam TTM.. t.kasih sudi jenguk dapur saya.. tak sangka tau! hehe.. a'ah.. mmg menarik lauk ni tau.. lain dari yg lain.. boleh try nnt.. sedap!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KSWSK: a'ah wawa... gantikan cili kering dgn cili padi hijau dgn cili besar hijau tu yg warnanya jd hijau.... cer masakkan utk si Khairin tu.. mana tau kot dia suka... :-D

norhidana said...

waaaaa bestnyer kak... hrus cube nih... maklum la org johor kn suke asam pds... tp tak blh la nk gune ikan pari gk sbb mak dh larang dana mkn ikan yg ada sengat2... tak elok utk org yg nk bsalin kata mak... huhuhu
kite tukar ngn ayam jela ek

Sari Yusa Ibrahim said...

ku lihat hijau.... hehehe. Sama tak rasa dia dgn msk lemak cili api, cuma yg ni tak boh santan ek..

izahdaut said...

wah dah sampai sini dah ni..agaknya memang kena selera org pahang kot kak. saya pun kan, bila dah kawin ngan org kedah ni baru reti selalu2 makan cili kering. sambal semua ni. dulu biasanya cili padi je..

anymz said...

salah satu menu yang akak teringin nak menerai...dihah dah buat dulu ya..nampak sedap je tu..:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
diana belum perna buat lagi resipi nie.. mmg nmpk sedap sungguh... kena masuk list nie.. :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Norhidana: cuba dana jgn tak cuba.. org ngandung kalau tingin harus kena buat.. hehe.. ok jugak ganti ngan ayam...akak pun suka asam pedas ayam tau.. tiba2 kecur air liur teringat asam pedas ayam.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Sari Yusa Ibrahim: tak sama rasanya dgn masak lemak cilipadi... jauh sgt peginya tu.. hihi.. of course ler yang ini rasa asam pedasss.. ;-)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Izah Daut: itu ler Izah.. sebelum kawin akak dah terbiasa ngan cili kering/cili merah tu jer.. cili padi jarang2 guna.. tp skrg ni sejak dah kawin.. cili padi dah jadi sahabat karib.. hehe.. org Pahang kuat pedas yekkk...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Anymz: takpe kak.. ni saya bagi akak lagi semangat nak buat lepas ni... buat kak jgn tak buat tauuu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Diana: cubalah buat Diana.. senang aje bahan2nya pun.. boleh pelbagaikan menu utk keluarga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...