Assalamualaikum... bersua lagi...
Sekali lagi mencuba resepi yang dikongsikan oleh Lipislady. Selongkar2 blog beliau.. tertarik hati dengan kuih ni bila dapat tau yang kuih ni adalah kuih tradisi negeri Pahang. Yelah.. aku kan membesar di Pahang.. walaupun berasal dari Terengganu. Mesti kena ambil tahu juga kuih2 negeri Pahang ni.. tambah2 dapat suami pun orang Pahang jugak! Pertama kali mendengar & melihat kuih ni. Dari bahan2 tu.. fikiran dok teringatkan kuih Sekaya versi Trengganu yang memang menjadi kegemaran keluarga kami. Cuma buat masa ni.. jarang2 dibuat sebab kuih2 lama ni memang agak manis sikit tambahan pula penggunaan telur yang banyak tu yang selalu membuatkan projek terbantut.. hehe... Kuih General Mahbob ni pun aku dah kurangkan sukatan gulanya.. Memang benar sebagaimana yg terdetik di benak ku.. kuih ni memang seakan2 kuih sekaya.. bezanya cuma kuih ni berbau harum daun pandan & juga harum yang terbit dari tepong beras yang digoreng tu.. memang sedap! Terima kasih sekali lagi buat Lipislady yang sudi berkongsi resepi dari majalah lama ni...
Jika nak tau asal usul & bagaimana nama kuih ni dipanggil begitu. sila2lah ke blog Lipislady yer... agak menarik cerita disebalik nama kuih ni.. hihihi....
Jom lihat resepi..
Resepi : majalah Perempuan keluaran tahun 1994
Source : Lipislady
2nd source: MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2nya
5 biji telur ayam (MaDiHaA guna gred A & buangkan tali pusatnya utk elak kuih berbau hanyir telur)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula putih (MaDiHaA kurangkan sukatan kepada 3/4 cawan.. just nice ditekak ku)
3 sudu tepung beras
1 cawan air
Sedikit pewarna kuning
1 helai daun pandan
Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang.
Bahan untuk tahi minyak
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
Cara-Cara
1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in diameter dengan mentega.
2. Masak gula, daun pandan & secawan air tadi hingga hancur kemudian sejukkan
3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.
4. Panaskan periuk kukusan. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur & buang tali pusatnya) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna kuning kacau untuk ratakan.
6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit. (MaDiHaA tutup loyang dengan aluminium foil supaya wap tak jatuh atas kuih)
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak yang digoreng dengan sedikit garam diatasnya.
8. Cara membuat tahi minyak… masak santan pekat dengan sedikit garam sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat2 sikit. Sejukkan & tapis tahi minyak sebelum di tabur di atas kuih.
Penggemar kuih2 tradisi terutama yang asal dari Kelantan, Terengganu & Pahang harus mencuba resepi ni... 3 negeri ni rasanya memang mempunyai 'taste' yang sama aje.. hehehe... Kuih ni pun sedap layan masa sejuk2 keluar dari peti ais.. macam makan puding krim karamel pun ada... yumyum!
OK.. selamat mencuba...
17 comments:
kuih apa yer kak diha,,klntan pgil apa kuih ni..
salam..oh, nila kuih yg akak ckp gune tahi minyak jugak tu ea..comella kak kaler light2 yellow n hitam coklat tahi m myk tu,,x=naik gitu..:)
Ziey: akak pun tak pasti kat Kelantan panggil kuih apa.. tp ada iras2 kuih sekaya.. bezanya kuih sekaya guna air gula nisey.. yg ni guna gula putih.. memang sedap kuih ni Ziey.. kena cuba tauu..
Noorsha: a'ah Noorsha.. nilah kuihnya... hehehe.. mesti tak penah nampak kan? akak pun baru 1st time tengok, dengar nama & merasa (itupun sebab cuba wt sendiri) kazen2, adik & makcik akak suka.. sempat gak hidang kat dorang..
Assalam kak,1St time dengaq n tengok kuih nih,tula bestnya mai umah akak ni,menu yg xpernah tgk n dengar leh tau,hehe..nmpak menarik n sedap kak..Psttt daging kunyit kat bawah pon nmpk sodap,hubby sy pon menu wajib order kat luaq n kalo masak kat umah pon mmg dia suka..
tak pernah jumpa la kuih ni. mcm kole kacang ke ? uishh tak dapat nak bayang kalau mcm puding karemel tu. mesti sedap kan lemak2 gitu
Madiha..nak tergelak tgk nama kuih tu, tapi nampak sedap la...;)
penah dengar tapi tak penah makan. memang ada cite pasai apa nama dia tang tu. kisah dolu2 punya cite...pada suatu hari...
bestnya kuih2 manis ni... sure sedap..sbb tu kalo di kelantan boleh jumpa macam2 kuih manis..
salam kak madiha. pertama kali ita dengar kuih ni.. makan pun belum pernah macam mana la agaknya rasanya...:)
Zaliedana: Salam CT.. akak ni kan dari dulu suka kuih2 tradisi ni.. kalau boleh semua kuih tradisi akak suka mencuba.. hehehee.. kata orang tu.. biar sekadar buat sekali seumur hidup pun takpelah.. janji pernah cuba.. hehe.. tp tulah.. kekangan masa yg buat cita2 tak kesampaian. jd kita buat mana yg sempat & mudah ajelah.. pasal daging kunyit tu.. mmg sedapkan walaupun simple
Izahdaut: nampak mcm kole kacang sbb ada tahi minyak tu.. tp hakikatnya lain. serupa rasa kuih sekaya/ puding karamel tu.. cuma beza kuih sekaya guna gula nisan, karamel guna gula hangus... kuih ni terasa sedap sebab ada harum daun pandan & harum tepong beras yg digoreng tu yg buat rasanya unik..
Sofea : memang kelakar nama kuih ni kan? saya pun baru pertama kali dengar.. hehehe.. ada cerita disebalik nama kuih ni sebenarnya.. boleh klik kat blog Lipislady kalau nak tau cerita...
Jemarioren : a'ah.. betul.. memang ada cerita disebalik nama kuih ni... hehehe..
Cendana Kasih: a'ah.. kat Kelantan/Terengganu mmg byk sgt kuih2 manis kan... tp takut gak kalau kerap2 sgt mkn kuih manis ni... hehe..
Juwita: akak pun 1st time dengar nama kuih ni. terus teringin nak mencuba sbb tgk dari bahan2 tu mesti rasanya sedap. bila siap.. memang sedap! tak rugi mencuba.. almaklum.. tekak org T'ganu memang suka kuih2 berasas telur... hehehe..
kak madiha ni mmg rajin+pandai msk la...suke2...tp saye x terrer bab2 memasak ni...tambahan plak der anak kecik...lg la.....hehehhehe
Post a Comment