Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, June 21, 2011

Rassam Telur Ala India

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pepagi ni.. masukkan resepi yang sangat mudah ni dulu ye.. Walaupun mudah.. tapi sangat berselera dapat hirup kuah Rassam ni sebab ada rasa masam2.  En. hubby memang suka kalau lauk2 yg ala2 India gini.  Nak kata ada keturunan India memang takde.. tapi kalau masak Indian style... memang laju jer makan.. nak pulak kalau aku masak kuah dhal... stok dhal kat rumah pun dia yang selalu beli tanpa disuruh.. bini dia je yang jarang2 nak masak dhal... hihihi..

Ok berbalik pada menu Rassam ni.. resepi aku ambil dari blog Zaliedana.  Tak sangka rupanya si Zaliedana atau CT ni ada darah mami rupanya.. patutlah pandai benor bab masak2 ni... sedap2 pulak tu kalau CT masak.. memang selalu dok terliur kalau dia masak especially menu Penang mari...

Ok CT.. terima kasih berkongsi resepi ni ye.  Dah lama akak teringin nak masak rassam ni. Selalu dok tengok ada rempah rassam kat kedai tapi tak pernah cuba.  Akak copy & paste resepi CT kat blog akak pulak ye... sebagai rujukan di masa depan... ni mesti akan selalu buat ni kalau time2 takde selera makan atau time2 malas nak masak yg remeh2.. hehe..




Rassam Telur Ala India
Resepi : Zaliedana
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
* 2 Biji Telur (Leh juga guna ikn talang masin) ~ MaDiHaA letak 3 biji

Bahan Dikisar (Aku guna blender kering,kalo rajin nak tumbuk lagi lah ok)
    * 1 Sdt Jintan Putih Biji
    * ½ Sdt Lada Hitam
    * 2 Ulas Bawang Putih
    * 4 Biji Bawang Merah

    * 2@3 Tangkai Cili Kering Dipotong dlm 1 inci
    * ½ Sdb Pati Asam Jawa @secukup rasa (mmg kena da rasa masam2 cikit ya)
    * ½ Kiub Pati Ayam
    * Air Secukupnya (Kalo nak lbh kuah letak lebih)
    * Garam Secukup Rasa
    * Minyak Utk Menumis
    * Serbuk Kunyit (Optional, utk nmpak warna cantik cikit)
    * Daun Kari Secukupnya

*LEH JUGA TAMBAH CILI PADI JIKA SUKA,TAPI YG ORI ORG INDIA,MMG XLETAK CILI PADI..

Cara-Cara
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak,masukkan daun kari juga,tumis hingga pecah minyak n naik bau,masukkan semua bahan kecuali telur.Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji2 kedalam kuah.Biarkan sehingga telur masak n kuning telur keras..Seimbangkan rasa,ttp api.Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin n papadom. 


Selamat mencuba!

16 comments:

izahdaut said...

sedap aaa nampak...
terinign gak nak rasa. tapinya daun kari lak tak de..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam kak ratna
miza ingat letak serbuk rasam..hik3.klu resipe camni syok la mkn.klu ada serbuk rasam tak pandai mkn la pulak

♥LOVE2COOK♥ said...

Being Indian, I never made this rasam before. Plain one adalah. Dhall curry lagilah I tak buat..coz mmg tak berapa minat dhall. But my hubby suka pulak..wifey tak masak! Hehehe..

Rasam looks slurpyyyy...mmm!!! :D

Noor said...

Madiha...pandainya awak masak rassam nie..dulu mak kita suka buat rassam time kita deman selsema cepat baik deman tau. Jika buat rassam ada papadom lagi best.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Izah: itulah izah.. akak memang jarang beli daun kari.. tp rassam punya pasal.. cepat2 cari daun kari.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Lydia Miza: Salam LM.. akak memang tak pernah beli serbuk rassam yg ada jual tu.. tak reti nak guna. bila jumpa resepi ni terus cuba. mmg best!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Love2Cook: oh really? I'm so curious how it taste.. when i got this recipe.. quickly jump the Q.. hehehe.. surprisingly.. my hubby love this dish very much.. me too.. will cook this again & again..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Noor: takdelah pandai... ikut resepi Zaliedana ni.. tu yg pandai.. hehee.. memang betul.. rassam ni mmg sesuai utk org deman yang tak sedap mulut.. dpat rassam ni mesti selera makan..

Mylady said...

aduh..malunya rasa..walaupun cek orang Penang, tapi cek taktau macam mana nak buat rassam..dok dengaq la orang kata rassam ni sedap..thanks sebab kongsi resepi nih..boleh try simple menu nih..:-)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Madhiha, akak baru buat rassam malam semalam makan dengan kari ikan, best juga ya taruk telur, the next akak buat nak try telur pula, akak suka minum gitu aje, buat panas badan...amak....

norhidana said...

ohooo ni namanyer rassam ye kak.... dana tak kenal pun hehe malampau kn

mak kt umah selalu gk bt msk2 gini tp tak tau lak ni gaya2 india, tp mmg best mkn ngn nasi pns2 gitu pun mmg layan... kami adik badik kalu ngn tlr mmg lyn btl

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Mylady: takperlah mylady.. tak semestinya kita tau semua resepi negeri kelahiran kita.. tp yg penting.. kena ambik tau jugaklah kan.. haa... ni dah dpt resepi ni..bolehlah mylady cuba nnt yer..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Paty's Kitchen: kebetulan pula yer.. a'ah kak.. sedap gak letak telur.. ada lauklah kiranya.. hehe.. kalau takde telur memang best jugak hirup2 kuahnya tu.. masam2 tu mmg boleh buat kecur liur..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Norhidana: a'ah ler dana.. ni namanya rassam.. akak pernah nampak kat restoren mamak ada yg masak rassam ni.. tp biasanya kuah je.. takde telur.. tak pernah cuba pon.. tp kali ni cuba masak sendiri bila dah ada resepi yg CT kongsikan ni.. mmg sedaplah!

Zaliedana said...

Assalam kak Madihaa,tengs ya sudi try resepi simple nih..Hrp kena ngan selera akak,nnti akak try lah wat guna ikn talang lak,ok juga..Mmg kalo selsema@xselera mkn,selalu mak duk wat dulu..Hehe xla pandai sgt kak,takat nak wat jamu hubby n anak2 leh la kak..
Pstt...Kak IZAH,meh nak bagi dun kari,byk sgt hubby potong naik tinggi melayup,bagi kat jiran2 sampai 1beg sampah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Zaliedana: Salam CT.. sama2 CT.. memang bila tengok je CT update dulu mmg dah nekad nak cuba sebab memang dah lama teringin nak rasa rassam ni.. mmg bestlah walaupun simple.. suami akak suka.. akak pun suka.. cuma budak2 ni je tak suka sgt mungkin sbb masam kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com