Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, June 20, 2011

Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum...

Pos resepi sempoi dulu untuk pagi ni.... tapi inilah masakan kegemaran en. abang ku.  Kalau makan diluar.. menu ini memang wajib di order.. tak jemu2 gamaknyer.. tapi takper.. kalau hubby ku dengan daging gorengnya waktu makan kat luar.. aku pulak mesti dengan tomyam...! barulah adil kan.. hehehe... kalau kalian mengikuti tulisan aku selama ni.. mesti tau kan yang en. hubby aku ni memang tak suka tomyam.. (tak suka sebab ada daun limau purut!) kalau aku masak pun kena masak waktu en. hubby tak makan kat rumah.. haaa.. jadi masa makan kat luar memang wajiblah aku order tomyam.. nak balas dendamlah katakan sebab kat rumah jarang2 boleh masak tomyam.. hehehe..

Oklah.. sambung pasal Daging Goreng Kunyit ni... mesti ramai yang dah biasa masak menu mudah ni kan..? apa2pun.. kali ni aku pos versi aku sendiri... (yang kadang2 bertukar2 jugak cara memasaknya.. hehe.. janji sedap!)


Daging Goreng Kunyit
Resepi MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm daging ~ hiris nipis melintang urat (supaya daging cepat lembut)
garam & serbuk kunyit secukupnya
1 biji bawang besar ~ mayang
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris nipis batang mancis
2 biji cili besar/5 biji cili padi ~ dihiris (tak letak kali ni sebab dua budak kecik yg tak tahan pedas nak makan juga..)
1 biji capsicum ~ potong persegi (optional ~ sekadar nk meriahkan warna masakan)
1 cawan air
bahan perasa jika suka
½  cawan minyak atau secukupnya

Cara2 Menyediakan
1. Daging yang dipotong dicuci & ditos. Gaulkan dengan garam & serbuk kunyit.  Masukkan dalam kuali tanpa air atau minyak. Masak hingga daging kecut & air daging yang keluar mengering. Pastikan dikacau2 daging supaya masak rata.
2. Masukkan minyak masak dalam kuali berisi daging & goreng daging sehingga nampak garing. Mesti sentiasa dikacau supaya garing sama rata.
3. Tanpa dikeluarkan daging... terus masukkan bawang putih, bawang besar, halia & cili hiris. Goreng lagi hingga bawang & cili layu.
4. Masukkan air, garam, bahan perasa & jika perlu serbuk kunyit  lagi & renihkan sekejap.  Masukkan cili capsicum & kacau hingga air agak kering.  Pastikan daging cukup lembut & secukup rasa.  Sedia dihidangkan.


Selamat mencuba!

22 comments:

AZLITA AZIZ said...

wuik! sedap ni.... ita paling suka ratah cam tu aje.. adoiii terliur pulak!
walaupun sempoi tapi kalau dah terhidang atas meja dia lah yg habis dulu kan?

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Ingatkan goreng kunyit ni untuk ayam je. Rupanya daging pun boleh. Nak cuba le.

.:nhalilah:. said...

wah.. ni makan ngan nasik panas plus sambal belacan mmg terbaik la..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sedapnyer.....nak wat la sis.tp takda daging lembu,klu pki daging unta aci tak?

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

SEDAPNYA..KITE PUN SUKA GAK DAGING GORENG CAM NI...CUMA KT UMAH JARANG2 LAK MASAK DAGING, SELALU AYAM JE...

Anonymous said...

memang sedap!!!..selalu buat camni jgk....

suesofieyya said...

a'a..menu kita samalah kak, resepi pun sama..orang yang suka pun sama tp en hubby kita lah..hehe..

Amie said...

mmmm....yummy...masakan simple gini lbh sedap!

Ida,Japan said...

slm madiha...apa khabar, tgk daging ni...mmg sedap, ida suka daging goreng cam gini..pas tu mkn ngan nasi panas2, tambah2 kalau ada sambal belacan/budu..comfem b'tambah2 nasi, hancusss diet bg org yg tak b'diet ni

norhidana said...

kalu msk sndiri baru puas kan kak, pastu baru lembut, selalu kalu oder kt luar jarang2 dpt yg lembut dagingnyer selalu tu keras ketung je

Kjee said...

sedap nyer!!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Azlita: betul tu ta... memang ini yang akan habis dulu kalau nak banding dengan kari.. hehehe.. nak masak pun mudah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Kak Sam: boleh kak.. kita yang buat dia.. hehe.. akak cubalah memang sedap. nak sedap lg mesti letak cilipadi hiris sikit..barulah ummphh.. sya tak letak sebab anak yg kecik tak tahan pedas..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Nhalilah: ada sambal belacan.. lglah masyuk halilahh... silap2 tak cukup nasi sepinggan.. hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Lydia Miza: try ler LM... rasanya boleh je kot guna daging unta.. tp mungkin kena tambah air masa mula2 tu kot.. dgr2 daging unta ni liat sikit betul ke? kalau liat mmg kena tambah air.. rebus lama sikit sampai kering baru tambah minyak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Cida: memang best lauk simple2 gini tau.. kat rumah akak pun jarang gak masak daging.. memang ayam yg kerap sebab anak2 suka ayam

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Anonymous: mmg sedap kan.. menu simple mmg ramai yg suka.. nak masak senang.. makan pun sedap..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Suesofieyya: ye ke? sehati sejiwalah kita hari ni.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Amie: betul tu amie.. masakan simple memang sedap. nak msk pun senang.. sesuai sgt utk ibu2 bekerja mcm kita ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ida, Japan: salam Ida.. akak sihat2 aje.. samalah kita Ida.. menu mudah gini memang selalu jd pilihan. selain sedap.. nk masak senang.. semua bahan mmg sentiasa ada kat dapur..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Norhidana: a'ah dana mmg betul. masak sendiri boleh mkn puas2.. kalau order kat kedai mmg kejap je licin..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Kjee: memang sedappp!!! hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com