Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, June 27, 2011

Makaroni Goreng Pedas Berempah

Assalamualaikum....



Baru berkesempatan menjenguk blog... Pagi tadi agak sibuk kat ofis disamping terpaksa keluar sebentar untuk ke sekolah anak sulung untuk ambil report card.  Lepas ambil report card.. terus bawak anak lunch kat Taman Selera berdekatan.


Agak lewat dapat update entry hari ni.. tapi takpelah.. janji di update.. Tak sabar2 nak update resepi best hari ni.. hehehe.. Semestinya resepi yang sememangnya sedang hot!  Inilah dia Makaroni Goreng Pedas Berempah!  Dah ramai kengkawan lain yang mencuba. Ternyata sedappp!!! Terima kasih Kak Nor Secubit Garam berkongsi resepi yang sedap ni yer.  Menjadi kegemaran anak2 & seluruh family.  MaDiHaA masak 500 gm makaroni (lebih dari double resepi) sebab nak bawa ke rumah makcik bersama2 dengan makanan2 yang lain sebab nak berkongsi kesedapan makaroni ni bersama2 dengan anak2 makcik.. hehehe.. makcik & pakcik ada wedding dinner waktu tu.. jadi elok sangatlah kan berkongsi makan dengan kazen2 ku ittew... dorang pun semua suka.. makan bertambah2.. For sure akan dimasak lagi & lagi... & Thanks to Naknie yang bagi rempah Cajun tu yer.. kebetulan masa dok bercerita pasal Cajun hari sebelum kejadian pasta gorengni... rupa2nya.. Naknie ada 2 botol stok rempah Cajun.. dia selalu gunakan rempah tu untuk perap ayam atau ikan.. Wahh.. rupa2nya kakak mu ini aje yang ketinggalan.. adik sepupu dah lama pandai guna rempah Cajun.. al-maklumlah kan bakal chef.. mesti banyak perkara yang dia dah belajar.. hehehe..

Terima kasih Kak Nor untuk resepi ni & saya mintak izin letak sini pulak ye resepinya.. Resepi terpaksa ditokok tambah & dikurang serba sikit disebabkan kekurangan stok bahan.. & terpaksa kurangkan sikit kepedasan memandangkan ada budak kecik nak makan sama...


Makaroni Goreng Pedas Berempah
Resipi : Kak Nor @Secubit Garam
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan:
2 cawan makaroni (MaDiHaA guna elbow makaroni)
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil (MaDiHaA tambah crab stick sebab stok ayam tinggal sikit)
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam (MaDiHaA cuba sikit je nak kurangkan pedas)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Rempah Cajun yang digunakan...

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang. (MaDiHaA tambah crab stick)

 Makaroni posing dalam bekas ni jer sebab nak bawak ke rumah makcik...


Selamat mencuba!

12 comments:

ijayuji said...

Salam kak madiha!!! waaahhhhhh sana sini demam cajun ya? hihihi.... ada lagi tak kak madiha? kita nk tumpang makan kat sini :D sedap tuuu kalau letak sayur byk2 mmg kita suke ehehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam madihaa..baru blk dr umah k.Rose,dia masak angle hair..sini lak macaroni!!!!

Zaliedana said...

Assalam kak,hehe akak pon dah wat ya,kalo guna angel hair pon sedap kak..Bestnyer kak dapat cajun free..Rini wat popia inti po letak cajun,best..

Mas said...

akak..best kan masak goreng pedas berempah ni...
mas pun guna angel hair....
terbaikk...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madihaa...
wah sana sinun dah masak mee menggunakan rempah cajun nih...hehehe tak blh jadi nih!!! hehehe

Ayu said...

wah itu dia macaroni pedas berempah cajun sudah sampai didapur ratna pula ya..mamahawa jangan tunggu lama2..heheh..

aeinio said...

cajun.. kena cuba nih....

♥LOVE2COOK♥ said...

Fuh sedapnya kak!!! :)

Anna Qawina said...

kak..dtg bawak pinggan kosong ni...nak tapau sikit..

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. sana sini cajun ye.. hihihiihi tentu sedap makaroni ni saya pun lum cuba .. kena cuba gak ni

AZLITA AZIZ said...

ramai nya yg dah mencuba.. ita tak cuba lagi.. cagun dah jumpa dah..

K.Nor said...

salam ratna, ampun buk.. tk sempat nak update link ni.. smlm bz giler.. ok2 dah letak dah ni.. mekasih sudi try .. alhamdulillah.. puas hati betul dpt share resipi ni.. mekasih sudi try ya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...