Tuesday, June 7, 2011

Kangkung Tumis Belacan

Assalamualaikum semua....


Hari ni masukkan resepi sempoi jer... resepi sayur feberet ku, husband & Kakak Dini.  Tapi sekarang ni jarang2 dapat masak sebabnya.. kalau masak sayur ni.. kena masak sejenis lagi sayur coz anak2 yang kecik tak boleh makan pedas2 lagi. Ibunya pulak kurang rajin nak masak macam2 menu.. almaklum jelah kan.. balik kerja tu.. memang kesuntukan masa.. malas nak dok lama2 kat dapur sebab banyak lagi benda lain nak dibuat. Hanya weekend ajelah kalau teringin nak masak macam2 menu.. kalau tidak.. kita masak aje menu yang semua orang boleh makan.. hehe..

Oklah.. layan menu sempoi ni yer...

Kangkung Tumis Belacan
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 (agak2 jer ni.. tak catit masa masak)
1 ikat Kangkong (tak kisah nak guna kangkong lembut atau kangkong kampong tu.. dua2 pun sedap!)
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
5 biji cili padi*
½ inci belacan*
Minyak
garam, gula & perasa secukupnya

Cara2 memasak 
1. Tumbuk bahan2 bertanda sehingga lumat*.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi. Masukkan kangkong, garam (jgn byk sgt.. belacan dah masin), gula, perasa & juga sikit air. Balik2kan & pastikan secukup rasa.
3. Sedia utk dihidangkan.


Selamat memasak!

7 comments:

pena rozie said...

Dah lame x buat. Rase nak buat la.

Aainaa said...

feveret aina ni..sedapnya....

zarin said...

walaupun simple tapi sangatlah sedap..memang boleh bertambah tambah nasi kan!

izahdaut said...

kak madihaa aka kak ratna...sedap ah goreng sayur gini.. kalau buat kt kacang ke, kcg botol ke sedap gakkan kak

Nur Ede said...

Sempoi sempoi pon sedap Madiha.. pekena pulak ngan nasi lembut2 panas...fuhh.. mmg sedap kann.. fav keluarga akak juga nie...

Amie said...

kalau masak kangkung tumis belacan mmg sodap.... licin berkilat mangkuk...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
kangkung tumis belacan kat cnie... alaaa sedapnya tu akak... dah lama diana x makan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...