Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, June 21, 2011

Kerabu Pisang Emas Mengkal

Assalamualaikum... bersua lagi yer...
Sambung lagi episod menu untuk hari ni... belum habis2 lagi  dengan menu  dari pisang.. sengaja pos menu ni lambat sikit walaupun dah lama dibuat.  Sengaja pos bergilir2 dengan menu2 yang lain sebab takut kengkawan jemu asyik2 keluar menu pisang. Yelah.. dalam bulan ni aje.. ada kek pisang, cekodok pisang, pisang goreng.. pastu.. ada ada bonus lagi hari tu.. acar jantung pisang.. hihii... hari ni... Kerabu Pisang Emas Mengkal pula yer... Pernah dengar ? Pernah makan tak? Kalau tak pernah.. jomlah cuba..!



Jangan guna pisang muda yer.. sebab pisang muda rasanya agak tawar.. pisang mengkal ni.. terasa sikit lemak2 & masam manis dia.. Isinya yang masih keras & bila direbus isinya pejal2 gitu.. bagi aku peminat kerabu.. sebarang kerabu memang aku suka.. & Kerabu Pisang Mengkal ni pun sungguh menyelerakan.. aku banyak meratah je kerabu ni.. memang best!  

Pisang emas ini yang aku bawak balik dari kampong dulu tu.. aku ambil buahnya bahagian yang paling kecik.  Pisang mengkal beerti pisang yang dah tua & hanya menunggu masa untuk ranum.  Kalau pisang muda tu.. pisang yang belum cukup tua.  Lazimnya.. digunakan untuk menggulai.. sebut gulai pisang muda.. kecur lagi air liur dibuatnya.. hahaha.. memang 'antu pisang' lah aku ni... takleh disangkal lagi...

Jom tengok resepinya.. mana tau kalau2 ada yang nak mencuba..


Kerabu Pisang Emas Mengkal
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2:
10 ~ 12 biji pisang emas mengkal saiz kecil (kalau besar dlm 8 biji)
2 sudu kecil garam
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus
Garam & gula secukup rasa

Bahan2 tumbuk
¼ biji @ 1 cawan kelapa parut ~ disangai sehingga kekuningan
3 ~ 4 ulas bawang merah
2 biji cili merah (saiz besar.. kalau kecil letak 3 biji)
4 biji cili padi
1 sudu besar penuh udang kering ~ rendam sekejap & tos

Cara2 Menyediakan
1. Pisang dikerat hujung & pangkalnya lalu letak dalam besen berisi air.  Cuci bersih pisang & celur pisang bersama 2 sudu kecil garam & air sehingga empuk. (cara nak test dah empuk atau belum dengan menyucuk pisang dengan garfu.. kalau mudah ke tersodok maknanya dah empukla tu). Toskan pisang & biarkan sejuk.  Bila dah sejuk.. potong pisang bersama2 dengan kulitnya kira-kira ½ inci panjang. Ketepikan dulu.
2. Sediakan bahan tumbuk dimulakan dengan menyangai kelapa parut hingga kekuningan.  Tumbuk kelapa parut bersama udang kering. Tumbuk juga bawang merah, bawang putih, cili merah & cili padi sehingga lumat. 
3. Masukkan pisang ke dalam satu bekas yang agak besar (mudah nak kacau). Campurkan dengan semua bahan2 tumbuk tadi. Masukkan juga hirisan bunga kantan. Masukkan garam & gula secukup rasa. Masukkan jus limau nipis & gaul semua bahan sehingga rata.  Biarkan secukup rasa. Kemudian bolehlah dihidang bersama2 dengan nasi putih & lauk pauk yang lain.  Sangat menyelerakan!




Selamat mencuba!

13 comments:

ibumaira said...

kak x pernah makan pisang wat kerabu yg selalu makan pisang muda masak lemak ....emmm ape la rasenye yeee :)

Naz said...

Yahoo kakMadiha... Sedapnya....

Zaliedana said...

Assalam kak,xpernah mkn/tengok kerabu pisang kak,tapi siyes ckp,nmpak sedap sgt..

Citarasa Rinduan said...

kak ratna..
aduh..
terlepas tengahari pulak.

kalau tak boleh lah ayu singgah makan tengahari..

aduh..
NGENCISS... ayu

quinnie said...

a'kum kak ratna....baru tau pisang bleh buat kerabu..lain kali bleh cuba nih..saya pun suka makan pisang...:)

Juwita Jamaludin said...

Salam kak Madiha.. Alamak keabu tak leh tahan saya kak.. Saya kerabu pun no 1.. Hanya bila nak buat kat jepun ni bhn kadang susah juga nak cari... Mkn akak punya je la

Amie said...

assalam,
seronoknya jumpa macam2 resepi yg tak terlintas di kepala... first time dgr / tengok kerabu pisang emas mengkal.....

Cendana Kasih said...

maknanya pisang yg on d way nk masak lah yer.. heheh...yg macam nk buat goreng tu kan..tak pernah rasa lagi kerabu pisang, tp sure sedap ni..

Shereen said...

Hi Madihaa,
Very interesting recipe.I hope you don't mind answering a few questions from me.Firstly, pisang mengkal tu yang still warna hijau or yang dah yellowish?Secondly, if tak buang the kulit, pisang tu tak rasa kelat ke?and lastly, since I live in NZ, memang takde pisang emas.So you rasa if I sub dengan pisang montel yang on the way nak masak(greenish yellow),you rasa boleh tak?..or even plantain yang orang Mexico suka masak(seakan pisang nangka but very green and tak masak langsung).Pisang emas kulitnya nipis but pisang montel/dole tebal sikit la the kulit.I teruja sangat nak try this recipe but I'll wait for your input.Thank you for the recipe.Have a nice day.

Jay said...

wow..looks so yummmy..
chanced upon your space while blog hopping.
very interesting space you have..love your yummy recipe collection..
Am your happy follower now..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite

Hafizah Mohamad said...

Fiza pun x pernah lagi makan pisang emas buat kerabu ni...kiranya ni pes time fiza dengar kerabu pisang emas mangkal...kalau jantung pisang tu selalu la dengar org wat kerabu...huhuhu

HaSue said...

Alaa,terlambat sikit.last week ada je pisang nak masak ni..skrg dah masak sumbat dlm esbok je kak..hihi..nampak best jer tu..leh try lenkali ni kak..kecur liur dbuatnya

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
diana x perna lg makan kerabu pisang nie.. n nie ler 1st time dengar... nampak menarik n sedap resipi nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com