Thursday, June 2, 2011

Ikan Bawal Lemak Hijau

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah.. dapat bersiaran awal hari ni... Bos ku bercuti... so takdelah sangat benda2 urgent yang nak disiapkan... buat kerja pun santai2 jelah.. hehehe... Eh!! Bukan ambil kesempatan tau.. tapi dah memang betul tak begitu sibuk.. apa salahnya menyambil kan? Tidak karang.. mati kutu sorang2 kat meja ni.. dah la department aku ni hanya aku berdua je dengan bos... Bila bos takde.. ha... macam bilik mayat jer department aku ni ha... sunyi sepi! Abis aku nak bercakap dengan sapa? Aku bukan jenis suka telefon2 orang bergayut berjam2 tanpa ada hal2 mustahak.. baik aku update blog & BW daripada tersengguk2 sensorang kat opis ni betul dak? hehehe.... 

Oklah.. Pagi ni letak resepi lauk ikan pulak yer.  Actually.. dah agak lama jugak ni dah dimasak.. Ni kiranya penghabisan ler kot lauk2 yang aku beli kat Pasar Besar PJ tempohari... Nampak bawal yang agak besar & segar.. teruslah rembat sekor.. sebab dok teringatkan resepi Kak Ummi dalam Jelita keluaran Mac tempohari.  Mula2.. ragu2 jugak nak masak bila tengok ada daun ketumbar dalam bahan2 kisar.  Tapi bila teringat dulu2 aku pernah masak satu resepi ayam yang gunakan banyak daun ketumbar.. sedap aje.. siap abang puji lagi.  Jadi aku pun cuba jelah resepi Kak Ummi ni.  Bila dah siap.. hahh ko... sedap betul lauk ni... berselera makan.. tambah2 ada pulak hirisan nenas dalam tu... Terima kasih & syabas pada Kak Ummi sebab berjaya reka cipta resepi yang sedap ni.  Kalau ada rezeki & terjumpa udang galah.. nanti nak cuba pulak resepi udang galah masak jintan tu.. hehehe.. (entah tahun bila tak tau ler.. kan..?)

Oklah.. mintak izin ngan Kak Ummi saya C & P resepi yang akak dah taip tu yer.. Malas pulak nak menaip semula dari majalah.  Yelah.. ada kerja senang watper nak susah2kan? hehehehe... Thanks ye kak.. mintak izin tau!  Sapa2 yang belum cuba tu.. sila2lah cuba pasti tak mengecewakan... percayalah.. ni bukan bodek kak Ummi ke apa.. tapi memang kenyataan...


Ikan Bawal Lemak Hijau
Resepi: Ummi Zaihadi@ Majalah Jelita Mac 2011

Source : MaDiHaA a.k.a Ratna
 

Bahan:-
  • 1 ekor ikan bawal (sederhana besar) (MaDiHaA potong beberapa bahagian)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 biji nenas - dipotong nipis
  • 2 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun ketumbar
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 2 biji cili hijau
  • 1 batang serai (ambil bhg putihnya)
  • 6 biji cili padi hijau

Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api perlahan, masak hingga naik bau dan kelihatan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan dan balik-balikkan perlahan biar iken bersalut mesra dengan bahan.
  4. Masukkan pati santan, nenas, garam dan gula. Masak hingga kuah agak pekat dan ikan lembut.
  5. Tutup api, hidangkan dengan taburan hirisan daun ketumbar.


 Selamat mencuba!

9 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya
;)

http://www.zuwairiaiman.com

ijayuji said...

Salam kak madiha!!! sedapnyerrrrrr!!!!! kita mkn tengah hari kat sini ya :D macehhh!! nasi kita bwk dr rumah air pun sama hihihi.. Kak, nak tanyer gmbr header blog akak tu kan cuba akak tgk sebelah kiri gmbr makan baris yg ke2 pastu gmbr yg no 2 tuuu sebelah bun tuuu, mcm tart tp inti dia ada cheese eak?, apa tu kak? mcm nak buat jerrrr :D nanti bg linknyer yer kak :D macehhh!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ermmm sedapnyer..ikan bawal ni msk apa pun sedap kan kak ratna.isinya yg lembut..arghhhhhhhh ...lapar

RynaHakimi said...

Mesti sedap lauk ni..Aroma daun ketumbar tu memang menggamit selera..nyum2 ;)

nOOrsha said...

sedap nampak ikan bawal lemak ijau ni kak...kalo makan ngan nasi panas harus x menoleh kiri kanan nih..yumyummm....

ady said...

as-salam
wahhh..sedapnye ikan bawal lemak hijau...npk menyelerakan..

Cik Ecah said...

woohaa bawal masak lemak ijo akak mengancam! =)

cikmanggis said...

sedang dok berkira kira nak masak untuk makan tengahari..boleh cuba menu madiha ni ..nampak mengancam.kena dgn sambal belacan dan ikan masin..pengsan:)

Ummi said...

Assalam Ratna....sori lambat sikit dtg jenguk..bz sangat2 kat ofis 2 3 hari ni, setel kad kahwin anak bos...huhuuu...Thanks ya Ratna sebab sudi try resepi ni...alhamdulillah...suka dgr family sume suka...adjust la mana2 yg patut ikut tekak..no hal..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...