Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, June 23, 2011

Acar Ikan Bawal

Assalamualaikum.....

Salam sejahtera & selamat pagi...




Baru dapat jenguk blog... baru je settle semua kerja apa-apa yang patut... lega.. hehe.. sementara ada waktu terluang.. update dulu blog ni dengan resepi Acar Ikan Bawal yang sangat sedap ni.... Abang ada beli beberapa jenis ikan hari tu.. Ikan pari dah dimasak, telur ikan pun dah selamat.. ada lak ikan tenggiri & ikan bawal ni.. teringat kat dapur Kak Ayu mesti ada banyak resepi ikan yang best2.. sebab Kak Ayu memang rajin mencuba pelbagai resepi. Bila nampak je resepi Acar Ikan Bawal ni.. terus berkenan.. so apalagi... balik kerja terus ler masak lauk ni.. bahan2 pun semua ada dalam esbox tu... on jelah kan.. hehe..
Aku memang suka lauk yang masam2 ni.. Berselera je makan.. Rasanya lately ni pun dok asyik masak lauk masam2 aje kan.. Ikan tenggiri pun aku dah masak lauk yg berkuah masam2 gak.. (belum update lagi!) hahaha.. apa kes?? Tak kisahlah apa kes... janji sedapppp!!!

Terima kasih Kak Ayu untuk resepi yang dikongsikan ye!  Resepi asal dari Jumi Maslam@resepi ceria keluarga.  Seingat ku... dulu pernah sekali masak satu resepi dari Jumi Maslam ni.. Resepi dulu tu.. Bebola Daging Berkuah.. boleh klik kat SINI kalau nak tengok ye.. Dulu belum ada blog lagi.. jadi kat Fotopages itulah tempat aku kumpulkan segala eksperimenku dulu... hehe..




Acar Ikan Bawal

Sources : Jumi Maslam@resipi ceria keluarga
2nd sources : Ayu @curlybabesatisfaction
3rd sources : MaDiHaA a.k.a Ratna

Ingredients:-
500g ikan bawal-(500g black pomfret) (MaDiHaA guna bahagian kepala & isi yang dipotong)
minyak untuk menggoreng ikan-(oil for frying)

Bahan kisar:- Blended ingredients:-
10g lada kering-(10g dried chillies)
3/4 sudu besar ketumbar-(3/4 tbsp coriander powder)
1/4 sudu kecil jintan putih -(1/4 tsp cumin powder)
1 cm halia -(1cm ginger)
10g bawang putih-(10g garlics)
100g bawang besar-(100g large onion)

Bahan tumis:- Saute ingredients:-
1/4 sudu kecil biji sawi-(1/4 tsp mustard seeds)
1/2 sudu kecil halba-(1/2 tsp fenugreek)
21/2 sudu kecil gula-(21/2 tsp sugar) (MaDiHaA tambah sikit lagi)
1 sudu kecil garam-(1 tsp salt) (MaDiHaA tambah sikit lagi)
2 sudu besar cuka-(2 tbsp vinegar)
120g air-(120g water)
10g kismis - (10g raisins)

80g lobak merah-(80g carrots) (MaDiHaA lebihkan)
80g timun-(80g cucumber) (MaDiHaA lebihkan)
(potong kecil memanjang-cut small lenghtwise)

2 biji lada merah-(2 red chillies)
2 lada hijau-(2 green chillies) (MaDiHaA tak letak)
80g bawang merah-(80g shallots)
(dibelah dua-cut to halves)
100g minyak untuk menumis-(oil for saute)

Method:-
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning, kemudian ketepikan. Kemudian panaskan 100g minyak,(boleh gunakan minyak yang sama cuma kurangkan kalau banyak) tumiskan bahan2 kisar, masukkan biji sawi dan halba, tumis hingga garing dan wangi baunya. Tuangkan air, masukkan cuka, garam dan gula. Bila mendidih masukkan ikan, bawang kecil, lada hijau, lada merah, kismis, lobak merah dan timun. Kacau rata dan angkat.-(Heat oil and fry fishes till golden yellow, dish out and put aside. Heat up 100g oil (you can use the same oil but lessen it if too much) and saute blended ingredients, mustard seeds, fenugreek till fragrant. Add in water, vinegar, salt and sugar. When boiling, add in fishes, shallots, green chillies, red chillies, raisins, carrots and cucumber. Stir well and dish out.)


Nota MaDiHaA : MaDiHaA tak campurkan sekali ikan bawal yang digoreng tu bersama kuah acar sebab ada budak kecik yang nak makan juga ikannya.. Jadi MaDiHaA hanya tuangkan kuah acarnya kat tepi je. 



Selamat mencuba!

10 comments:

Amie said...

assalam madiha,

memang lauk asam2 manis ni sentiasa membuka selera...sedap ratah2 je ikan tu sampai mata kepala dia sekali (kerja amie tu)...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Amie: kita samalah Amie.. dapat kepala ikan bawal tu memang habis ku kerjakan sebab ikan bawal ni kan tulangnya lembut2 gitu.. tu yg best ratah.. isi dia pun sedap gak kann.. tambah dimasak masam2 berempah gini.. memang kena sangatlah!

Ayu said...

Asssalam madiha,
wah berselera pulak akak tengok acar bawal madiha nilah!!..dah lama tak masak lauk acar ikan ni..ikan bawal pun dah lama tak beli..heheh..thks dear sudi cuba recipe dari blog akak ya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ayu: Wa'alaikumsalam K.Ayu...
Memang berselera kak makan nasi lauk gini.. saya pun dah lama jugak tak buat acar yg bercampur ikan gini.. terima kasih ye kongsi2 resepi yg best2.. nnti kita pegi selongkar lagi resepi2 yang lain pulak kat blog akak.. hehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madihaa...
Nak tumpang mkn kat sini lah...baru blk dari tgk abah blm siap msk lagi.
Mmg sedap lauk ikan msk acar ni mama dh cuba msk lauk nih...

Ida,Japan said...

slm madiha..sedapnyer ikan bawal tu..sini tak der la ikan bawal...pas tu, ida ada try resepi wedges dr madiha fotopages...sedapp!!mekasih byk2 madiha,baru nk n3..ida ada adjust sikit2

Jay said...

looks incredible...soooo good ...great recipe..

Tasty Appetite

CT Delima said...

As'salam Ratna

wahhh..meratah macam gitu pun sedap ni. memang sedap tau kalau sesekali masak2 macam ni. berselera juga ct tengok ni. lepas ni dah tak tahu nak masak apa, boleh cuba ni. harap2 Hb pun sukalah. anak2 tak yah cakap memamng tak nak makan ikan pun... hehehe

sori Ratna lama tak singgah, tenet ni kalau buat hal selalu malas nak BW. ni ada okey sikit tu yang terkejar2 sana sini..hahaha

Juwita Jamaludin said...

salam kak sedapnya nampak ikan tu.. lama tak makan ikan bawal gini geram rasa nak capai je akak punya

ady said...

as-salam
nampak sedap sangat acar bawal tu..makan dgn nasi panas2 adoooooi..sedap betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...