Monday, June 6, 2011

Ayam Cencalok

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..... 
 


Ini rupa Ayam Cencalok sebelum ditaburkan bawang goreng... 

Bermula hari ini sehingga Rabu nanti adalah entry auto publish yer kawan2 semua.  Sekarang kami sekeluarga berada di kampung mertua ku di Raub, Pahang kerana en. abang sedang menyiapkan projeknya yang masih belum siap sepenuhnya.  Kami mula bercuti dari 4hb sehingga 8hb Jun... bermakna.. 5 hari kami di Raub.. Wah...!! pasti rindu banget dengan entry kawan2 semua.  Tapi takperlah.. nanti akan ku intai satu persatu yer... Terima kasih kepada semua yang sudi ke sini... 

Ini resepi yang dimasak tak lama dulu.. Terima kasih Mat Gebu untuk resepi ni yer. Izinkan akak masuk ke blog akak pulak ye.. Terima kasih juga buat  Kak Ayu Singapore & Kak Nor Secubit Garam yang saya ambil resepinya ini...
 


AYAM CENCALUK by CMGebu
sumber: Ayu S'pore
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....


Selamat mencuba!...

11 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

kecur tengok ayam tu, lagilah bila baca pkataan cencaluk, huhu

nOOrsha said...

salam kak madiha....sedapnye nmpak ayam cencaluk nih.. mmg peberet saye cencaluk tu.. tp x pnh masak gini ... leh cube nx time.. tq :)

aLoY said...

cencaluk xmkn.. tp bila tgk ni ayaq liur ttp meleleh.. nape erk???

ijayuji said...

Salam kak madiha! akak mcm tau tau kita tgh lapo :D kita tak pernah makan cencaluk tp bila tgk di masak mcm ni terasa nak makan lah pulak! :D

kyoshi_sousuke said...

tq utk kongsi resipi ni~nk try buat la~~haha

Mama Hawa/Mama Nani said...

Madihaa...
Oh tuan rumah takde... so mari kite bedal ayam cencalok dier hahaha :)

CT Delima said...

As'salam Ratna

seronoknya balik kampung, ct juga yang duk kat rumah sampai cuti sekolah habis. nak buat camana..Hb terpaksa keja sampai hari minggu, sebab projek tak habis lagi. kena berkorban lah untuk Hb juga kan. Kalau nak balik bila2 boleh balik kampung kan :D

Nanti nak cuba gak lah buat ayam cencaluk ni, sana situ sinun dah buat, nampak sedap jer memandang..hihihi.

Semoga bergembira dikampung ya :D

Amie said...

nampak macam sedap ayam cencaluk nih... satu hr nanti nak cuba...
selamat bercuti, dah lebih 20 tahun tak ke raub (ayah ada tanah di situ, sejak arwah ayah pergi, tanah di sana terbiar.....)apa perkembangan di raub yea...

Ayu said...

Assalam ratna,
wah balik kampung seronoknya...cuti2 sekolah memnag best jalan2..tapi akak tak boleh kemana, sebab my eldest hari2 ada class, walaupun cuti..only last week of sch holiday baru free..

ni ayam cencalok confirm dah habislah kan..kalau tak takkan tinggalkan kat sini terus balik kampung kan..heheh..akak layan diri ajelah ya..hehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
seronok kan akak dapat balik kg nie.. diana nie smpi bebila pun x kan merasa suasana tu.. sbb x perlu nak balik kg mcm nie.. umah mama diana n diana bersebelahan jer.. gitu gak ngan rumah keluarga hubby diana.. x sampai pun 20 minit dah smpi dr rumah diana.. kekdg tu kalau jalan x sesak.. 15 minit dah sampai kaka..:D

MamaFaMi said...

Salaam Madihaa..

Mama ni orang Melaka, tapi mama tak makan cincalok.. :D Walau apa pun, ayam cincalok Madihaa ni nampak sangat menyelerakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...