Saturday, June 18, 2011

Sambal Jering

Assalamualaikum...
Masak apa hari ni?  Mesti ibu2 kat rumah masak yang sedap2 hari ni kan...yelah... time hari cuti ginilah nak masak special sikit kan.. nak pulak bagi ibu2 yang bekerja... time cuti ni masa panjang kat rumah.. kalau hari kerja masa agak suntuk & selalunya pilih menu yang mudah2 aje..  ni bercakap bagi pihak diri sendiri sebenarnya.. hehe..


Oklah.. hari ni nak share menu kampong lagi.  Masakan dari jering ni memang dah selalu jugak dimasak.  Pandai masak & makan ni pun sejak kawin.. kalau idak memang tak tau pun jering boleh dimasak.  Yang tau jering orang wat ulam aje. hihi.. Jering yang dimasak ni sebenarnya jering yang dah tua... dan yang ditanam dalam pasir.  Kalau tak tanam jering ni sangat kerass kalau nak buat ulam pun.. boleh patah gigi.. hehe.. Biasanya kat pasar atau pasar tani memang ada jual jering tanam atau jering cambah ni.. biasanya kat gerai2 yang jual sayur2 kampong mesti ada.

Kali ni aku cuba resepi orang Lipis pulak.. dah selalu masak resepi orang Raub (en. abang aku ler tu) sesekali kita ubah selera pulak ye... Terima kasih pada Lipislady yang berkongsi resepi Sambal Jering versi Lipislady ni yer... mintak izin C&P kat blog MaDiHaa pulak yer.. Beza ngan yang selalu aku masak.. sambal jering kali ni tak pedas sangat sebab guna cili kisar.. biasa yang aku masak guna cili padi.. tapi tetap sedap tau..

Sambal Jering
Resepi : Lipislady
 
Bahan-bahannya:-

6 Keping jering yang besar, bersihkan (buang akar & selaputnya yg melekat) dan potong jangan terlalu nipis.
1 gengam ikan bilis
1 ulas bawang besar sederhana
5 atau 6 sudu cili kering, mesen sendiri punya
1 sudu tempoyak yang masih manis bancuh dengan 1/2 cawan air.
2 cawan air
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih* (bahan bertanda* di mesin halus.)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak kelapa.

Inilah jering tua yang digunakan.. jering ni ditanam dalam pasir... sebab tu ada akar..
 
Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng jering sehingga masak dan garing sedikit dengan api yang sederhana. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng Ikan bilis sehingga separuh masak dan angkat.
3. Dengan minyak yang sama tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimesin.
4. Masukkan cili mesin dan kacau hingga masak.
5. Masukkan tempoyak, jering dan ikan bilis, kacau rata.
6. Masukkan air, garam dan gula dan masak diatas api yang sederhana hingga jering betul2
empuk.
7. Apabila separuh pekat rasa garamnya, dan masukkan bawang besar yang telah dihiris.
8. Kacau hingga pekat dan angkat.
9. Sedia untuk dihidangkan. 
 
 
 
Selamat mencuba!

23 comments:

anymz said...

diha...sedapnya...kalau tgk jering ni kat pasar tani selalu akak buat derk je..tapi hari ni bila nampak kat dapur diha,terus rasa teringin..mggu depan nak cari lah...

cikmanggis said...

semasa tinggal kat Gombak dulu berjiran dengan orang Minang.Dorang selalu masak sambal jering dan gulai Jering.Sejak tu Cm pandai makan Jering yg dimasak.Selalunya buat ulam je.Orang belah pantai timur tak berani masak jering camni.Katanya takut kena kapit hehe

Anna Qawina said...

lama tak mkn jering 'relung'..hehe..tpt saya pggl gitu yg tanam dlm pasir tu...

tun_telani said...

Ooooo.......jakun jakun.. baru tau org tanam jering dlm pasir dulu baru wat masak. tun tau makan je.. lama dh x makan jering. masa kecik2 dulu nenek selalu rebus jering makan ngan kelapa parut yg campur ngn gula n garam.. sedapnyer...

ijayuji said...

Salam kak madiha!!! alahaiiiiiii teringat kat mak kita, suke makan jering atau masak mcm nii tapi kita tak makan ambik bau jerr hihihi... petai pun gitu jugak, tak makan tp suke bau dia hihihi...

Shasha Mohamed said...

Sambal jering. Saya suka. Sambal petai pun saya suka juga.
Boleh saya letak resipi ni kat blog saya pula? Tq ;)

Hafizah Mohamad said...

fiza suke jering kalau buat ulam tapi x pernah cuba untuk masakkan...nanti nak kena try nih...=)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
diana mmg dah lama x makan jering... n memang x perna masak jering kat rumah nie.. hehehe.. biasanya makan kat umah mama atau kat rumah saudara jer... org kat rumah nie mmg jarang nak makan jering.. tu yg malas nak masak jika hanya beberapa org jer nak makan.. hmmm... sambal jering akak tu mmg menyelerakan... sedapnya

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. jering jering lama tak makan.. mana taknya kat jepun mana ada.. :)

Nadz Nazharzan said...

Kak Madiha... Ayah Naz dulu suka mkn jering samada ulam atau diketuk sikit, digaul Garam dan digoreng.. Tp sejak gigi dh x kuat, dah x mkn dah.. Lama dah jering x singgah umah Mak Naz...
Pandai akak buat menu utk jering ni...

Cheritera Kami said...

org jawa panggil jengkol

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Anymz: gitulah pulak yer.. lepas ni bolehlah beli & cuba resepi ni.. tapi kalau akak suka pedas.. boleh cuba versi guna cili padi ikut resepi saya tu.. lagi menyengat kepedasannya.. hehe.. (biaslaah kan.. org N9 kan kuat pedas..)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Cik Manggis: a'ah CM.. orang minang mmg pandai masak jering.. selalunya dorang guna jering tua. kalau jering muda tak sedap dimasak.. sedap wat ulam je.. sy suka gak mkn rendang jering.. sedap tau.. tp tak reti masak.. mkn yg kwn masak dulu.. tp lupa nak mintak resepi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Anna Qawina: ohh.. ada istilah khas ye utk jering yg ditanam ni... akak selalu panggil jering tanam/jering cambah jer..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Tun Telani: tujuan tanam tu.. nak bagi jering tu tu jadi rangup/lembut sikit.. jering rebus mkn dengan nyor mmg sedappp!! tp kalau tak pandai buat boleh 'kepit' hehehe... hnya org2 tertentu je yg reti rebus jering ni.. sama gak ngan buah peroh.. kalau tak reti rebus boleh mabuk.. MIL akak pandai rebus buah peroh.. tp jering tak sure lak dia reti ke tak rebus..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ijayuji: akak suka dua2 jering atau petai.. cuma kalau time kerja tu agak segan sikit nak mkn.. takut mulut berbau & lagi satu.. takut tandas opis harum semerbak.. kikiki...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Shasha Catering: dipersilakan.. resepi ni pun ambil dari Lipislady...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Hafizah Mohamad: (nama mcm kwn sekolah sy aje.. hehe) dulu sy pun mcm tu jugak.. sejak kawin baru tau jering (yg tua) boleh dimasak.. kalau tak selama ni ingatkan jering tua tu sapalah yg nak mkn sbb keras giler nak gigit pun boleh patah gigi.. hehehe.. rupa2nya bila ditanam jering jadi rapuh semula..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Diana: memang kalau takde siapa yg nak makan.. mmg takdelah jering kat rumah kan? suami akak tu org kg.. dialah yg kerap beli jering/petai kat rumah tu.. akak ni mengikut aje...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Juwita: yelah kan.. mana nak carik jering kat Jepun.. kalau eksport jering ke Jepun.. mau org Jepun maki aje sebab bau busuk.. heheeh..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Naz: boleh jugak ye goreng gitu? mcm best jer akak dengar.. hihihi... mesti ayah naz teringin nak mkn mcm dulu2 kan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KWSWK: a'ahh.. akak pun pernah dengar.. org Indon pun sama gak panggil jengkol..

猫儿的天空 said...

Hi.Bolehkah saya tanya mana boleh saya dapat buah jering ni?Saya tinggal kat Penang.Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...